Semasa

Macam Takde Adab, Ini yg Berlaku Apabila Pengasas2 Produk Ini Menggoyang dan Menepuk B*ntot

Sebut sahaja nama usahawan sensasi Kak KM atau Liana Rosli, pasti ramai mengenai anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri yang sering mencetuskan kontroversi.

Baru-baru ini, perkongsian terbaru pengasas produk itu menjadi perhatian apabila memaparkan usahawan kosmetik Datuk Seri Vida, pelakon Ifa Raziah dan penyanyi Cheta Pot Pet menunjukkan punggung mereka di khalayak ramai.

Apa yang menimbulkan rasa kurang senan netizen apabila Kak KM bertindak menepuk punggung mereka seolah mahu ‘menguji kehebatan aset’ mereka.

“Punggung siapa yang paling mencengkam sekali, kita tengok! Jadi siapa nak dapatkan punggung paling ‘aum’ sekali, korang kena datang,” katanya.

Diruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan aksi tersebut seolah tiada maruah serta dikatakan semakin melampau.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by lianarosli (@lianarosli_official)

Meskipun ramai yang mengecam, namun ada yang mendoakan agar kesemua mereka diberikan hidayah.

Malah, ada netizen mengatakan disebabkan itu juga penghuni neraka kebanyakannya golongan wanita.

Perkongsian usahawan kontroversi itu sebelum ini menjadi perhatian apabila memuat naik momen berjaya membeli sebuah rumah banglo bernilai RM5 juta.

Menerusi video dikongsikan, Kak KM menerima kejutan dari ahli keluarga dengan menyerahkan kunci rumah ketika dia meninjau banglo berkenaan.

Meskipun ramai yang tumpang gembira, namun ada netizen yang meninggalkan komen kecaman di atas kejayaannya itu serta dikatakan seolah sengaja menunjuk kemewahan di media sosia.

Memetik mStar Online, Kak KM berkata dia enggan mengambil pusing dengan kecaman netizen itu. Ujarnya, dia hanya mahu memberi inspirasi kepada orang lain.

“Syukur dengan rezeki yang diberikan. Tuhan mendengar doa saya selama ini. Kalau sentiasa berbuat baik pasti ada rezeki.

“Kalau ada yang tak suka tengok perkongsian saya itu, tutup saja media sosial. Saya kongsi bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi mahu beri inspirasi supaya orang lain turut berusaha lebih kuat untuk miliki apa yang dihajati.

“Lihatlah dari sudut positif. Bersainglah secara sihat untuk capai sasaran sendiri, bukan hanya sekadar kecam dan cakap kosong sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Kak KM berkata dia sudah lali dengan kata-kata negatif yang dilemparkan terhadapnya serta menganggap mereka sebenarnya cemburu.

“Usahawan seperti saya ini memang selalu kena kecam. Tidak kisahlah apa orang hendak katakan, saya hanya lihat dari sudut positif. Semakin dikecam semakin ramai orang kenal produk saya.

“Sebenarnya orang yang selalu kecam inilah ada masalah cemburu. Apa salah sesekali ucap tahniah dengan kejayaan orang lain,” ujarnya.

Mengulas mengenai pembelian rumah tersebut, Kak KM berkata urusan pembelian tanah dan banglo bernilai RM5 juta tersebut dilakukan sejak tahun lalu lagi.

“Saya nak runtuhkan rumah tersebut dan bina sebuah rumah baharu. Saya tak suka nak tinggal di tempat yang pernah didiami oleh orang lain sebelum ini.

“Perancangannya mahu bina rumah dua tingkat dan mesti ada kolam renang. Apa yang penting adalah selesa untuk kami sekeluarga tinggal,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.