Semasa

Ustazah Dr Norhafizah Mohon Iringan Doa, Ayahanda Tercinta MninggaI Dvnia

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ustazah sendiri di akaun Instagram beliau.

Innallilahiwainailaihirojiun. Setiap yang hidup pasti akan meninggal dunia.

Dikhabarkan ayah kepada Pendakwah terkenal, Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa telah kembali ke rahmatullah jam 12 tengah malam akibat sakit tua.

“Ayahanda yang kami cintai, Ustaz Tuan Haji Musa Bin Salleh telah kembali ke hadrat Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang lebih kurang jam 12 tengah malam.

Semoga perjalanan ini dipenuhi rahmat, cinta, maghfirah dan seluruh kenikmatan yang abadi.”

Mohon Iringan Doa

Dalam perkongsian tersebut, ustazah juga ada memohon agar mendoakan roh ayahandanya agar beroleh kesejahteraan dan kedudukan tertinggi di sisi Rasullah SAW.

“Makluman juga kepada seluruh saudara mara, anak-anak murid abah dan semua kenalan abah.

Mohon iringan ayahanda kami dengan gugusan doa agar insan budiman ini memperoleh kesejahteraan dan kenikmatan dan kedudukan yang tinggi di sisiNYA bersama junjungan Rasulullah SAW.”

Insya Allah kami update untuk makluman semua lokasi pengurusan jenazah dan solat jenazah nanti.

Innallilahiwainailaihirojiun. Semoga roh ayahanda tercinta dikurniakan rahmat dan keampunan Allah SWT. Aamiin

Sumber: ustazahnorhafizahmusa

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published.