Semasa

Netizen Dedahkan Cara Kerja Pasukan Ebit Lew, Tapi Terlepas Pandang Apa yg Ebit Lakukan Sebelum ini

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, influencer terkenal, Caprice telah menulis pelbagai kenyataan yang menjurus kepada misi kemanusiaan yang dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew.

Sehinggalah semalam, beberapa siri live IG dari pihak Caprice dan pihak team Ustaz Ebit Lew telah mengeluarkan kenyataan dan masing-masing mempertahankan hujah.

Caprice juga turut teruk dihentam kerana memulakan hal tersebut dan memaklumkan akan melakukan pendedahan pada 21 Julai ini.

Namun, tak kurang juga ramai yang menyokong tindakkan Caprice supaya berani membongkarkan apa yang terselindung sebelum ini.

Firdaus Wong Sokong Caprice

Bagaimanapun, isu tersebut menjadi semakin rancak apabila seorang pendakwah Cina Muslim, Firdaus Wong Wai Hung memaklumkan sokongannya terhadap pemilik nama Ariz Ramli tersebut.

Menerusi laman sosial Facebook miliknya, Firdaus memberi semangat terhadap penyanyi berusia 32 tahun itu agar tabah menghadapi reaksi orang ramai susulan pendedahan tersebut.

Firdaus Wong Sokong Caprice

“Insya-Allah saya dengan anda. Amar makruf nahi mungkar.

Di dunia kita boleh berlakon tetapi bila jumpa Munkar dan Nakir, lakonan kita di dunia yang mempersonakan dan memperdayakan manusia akan menjadi penyesalan,” katanya.

Selain itu, Firdaus turut memuat naik beberapa screenshot mempamerkan hantara dari laman Instagram serta Insta Story Caprice.

Dia mendakwa mahu membongkar perkara yang terjadi sewaktu misi kemanusiaan Gaza, Palestin baru-baru ini.

Dalam hantaran lain, Firdaus turut menegaskan dirinya serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Multiracial Reverted Muslims (MRM) berpegang teguh dengan prinsip yang betul tetap betul dan salah tetap salah tanpa mengira sesiapa.

Sementara itu, Firdaus memaklumkan bahawa dia lebih memilih untuk bertindak jujur dan mengikuti prinsip hidup sendiri.

Ia seharusnya berlandaskan Al-Quran dan Sunnah walaupun mungkin akan dicaci dan dihina.

Ini kerana bertentangan pendapat dengan netizen tentang figura terkenal tanah air.

Netizen Bongkar Cara Kerja Pasukan Ebit Lew

Ebit lew ni penceramah motivasi. Dia cukup pandai bermain psikologi manusia.

Sebab itu pendekatan dia adalah berbeza dengan ustad-ustad lain..

opps kalau ikutkan, secara rasmi dia bukan ustadpun dia tak pernah belajar secara formal pengajian islam, dia hanyalah lulusan UPM kursus apa ntah..

Ebit lew tidak bergerak sendiri bila dia jalankan misi “bantuan” sebaliknya dengan satu pasukan iaitu pasukan jurugambar profesional.

Bukan cikai yang akan merakam detik-detik “menyentuh hati” untuk dikongsikan di platform media sosialnya..

Perbuatan itu jangan ingat dibuat sekadar kerana gilakan populariti atau pujian tetapi matlamat yang lebih utama untuk “menyentuh hati” ramai orang..

Kerana kerja-kerja bergambar yang dia lakukan, dia boleh dikatakan sebagai ikon paling popular di malaysia terutamanya sejak setahun setengah krisis covid..

Ya, kerja-kerja bergambar yang menjadikan dia sangat popular kalau setakat kerja-kerja tanpa gambar manalah orang ramai nak tahu..

Ebit lew bijak mengambil kesempatan menyerlahkan diri dia, pantang ada kes-kes orang susah yang jadi viral.

Sekejap saja muka dia akan muncul kat situ dengan pasukan jurugambar dia.. maka satu Malaysialah “tersentuh hati” dengan kerja-kerja dia..

Dan terbaru dia jalankan misi bantuan ke palestin sebaik sahaja konflik pengeboman terbaru di palestin berakhir.

Konflik palestin hari itu betul-betul menjadi bualan dan simpati rakyat malaysia dan seperti biasa dia bijak menyelit kat situ.

Popularnya ebit lew ni sehinggakan misi bantuan boleh dikatakan telah gagal kerana tidak dibenarkan masuk ke gaza telah dibantu oleh kerajaan secara istimewa.

Ini apabila perdana menteri menelefon presiden mesir untuk melobi agar ebit lew dibenarkan masuk.

Dan seorang menteri luar sampai terbang ke mesir untuk melobi secara bersemuka dengan mesir agar abit lew dibenarkan masuk..

Dan seperti biasa bila dia dibenarkan masuk, maka pasukan jurugambarnya akan bekerja merakam misi bantuan yang “menyentuh hati” dan dimuat naik ke media sosial sebagai bukti kerja-kerjanya..

Tetapi tak tahulah apa cerita sebenar kerana seorang lagi “pemberi bantuan” ke palestin bernama caprice berura-ura ingin mendedahkan sesuatu yang busuk telah dilakukan oleh ebit lew di sana..

Permulaan dia dedahkan bahawa pak arab palestin sangat berasa marah dengan ebit lew yang merakam muka penerima bantuan kerana ia dianggap benda memalukan..

Ada lagi dia nak dedahkan lepas ni.. tunggu..

Kenapa aku katakan tujuan utama dia merakam gambar adalah untuk “menyentuh hati” rakyat malaysia?

Kerana ia adalah modal bernilai dalam kerja-kerja mengutip derma.. derma dan simpati dua benda yang saling berkait.

Nak suruh orang derma kena pastikan dia berasa simpati..

Beberapa hari lepas seorang warga tua telah viral kerana dilihat hidup secara miskin sampai beberapa hari tak makan.

Ia menyentuh hari ramai pihak ramai yang ingin bagi bantuan.. alih-alih plot twist rupanya warga tua tu taklah susah mana.

Dia adalah penerima tetap bantuan kerajaan.. dan penghulu kampung tu mendedahkan kisah warga tua tu pernah viral suatu ketika dulu.

Ini kerana hidup dhaif sehingga dia menerima lebih 200k wang derma hahahah…

Dan duit derma tu disebat oleh cucu-cucu dia dibuat beli 4 buah kereta..

Bayangkan warga tua yang dikata hidup dhaif sehari dua viral dah boleh pungut derma sampai 200k.

Cuba bayangkan berapa yang ebit lew dapat collect selepas bertahun viral menjadi ikon dermawan baik hati dengan gambar-gambar dan video-video menyentuh hati ketika jalankan misi bantuan..

Aku katakan untuk dia collect sampai berpuluh juta ringgit adalah tidak mustahil..

Ya dia collect derma kononnya hanya jadi sebagai orang tengah untuk tolong agihkan kepada orang yang memerlukan, tetapi sejauh mana dia boleh dipercayai ?

Di ketika dia mengutip derma di ketika itulah juga dia dilihat menjadi super kaya rumah besar macam istana.

Kereta mewah berbiji-biji, dan boleh buka berpuluh cawangan pasaraya..

Dan kalau dia memegang amanah secara jujur pun, dia tetap boleh ambik masuk poket sebanyak 30% dari duit derma sebagai kos pentadbiran..

Kalau collect 100 juta, 30 juta masuk poket.. ni halal ya hehehehe.. masyukkk .

 

Terlepas Pandang Apa yang Ebit Lakukan Selama Ini – Dibongkar Oleh Netizen yang Lain

Ooooo okay. So sebagai penyiasat tak bertauliah, kes caprice n uel ni pun aku baca dari twitter sampai ke fb.

Jadi kepada korang yang tertinggal bas meh aku tolong rumuskan.

So caprice ada tak puas hati dengan uel sebab kes uel dapat masuk gaza tu, tapi dia kabor ketidak puasan hati itu cuma 10% lah daripada 100%.

Jadi apa dia yg 10% tu?

1. Ok first skali, caprice kabor spatutnya yg req nak masuk gaza ni adalah neelofa, heliza, caprice, dan ada beberapa nama lagi lah.

Tapi katanya ust ebit amik kertas kerja tu dan submit sorang2 sebab nak stand alone katanya.

Tapi itulah, yang aku pelik kenapa nama2 yg dia sebut tu takde plak cakap pape kan, dia je ni yang tengah hangin skrg ni.

2. Ok seterusnya, masa dalam live raydaw ngan caprice, raydaw tanya lah, apa sbenarnya yg dia ni tak puas hati. So caprice cakap lah pasal gambar budak miskin dapat toys tu.

Kenapa sampai kena ambik 2 gambar. So si raydaw ni ckp sebenarnya gambar tu diambil dari 2 angle.

Jadi aku pelik la kat sini sbenarnya bukan dari dulu ke ust ebit mmg pegi cerok mana kat dunia ni pun mmg dia amik gambar kan? So aku pelik apesal baru hari ni dia tak puas hati pasal ni.

Jadi kata si caprice lagi, member2 dia (influenfer palestin) cakap mcm tak selesa lah bila ust ebit fokus kat org miskin je and diorg tak puas hati pasal gambar budak pegang toys tu ada banyak.

Caprice pun mesej ust ebit, suruh mintak maaf kepada sesiapa yg terasa, and suruh fokus kepada bnda lain selain org miskin kat Palestin.

Which is aku rasa ust ebit ke mana2 pun, tak kira la msia ke luar negara ke, mmg fokus dia bantuan kepada org miskin.

Plus dia bwak masuk berkontena lah ubat2an, makanan apa smua. So pada aku, tak patut jadi isu bab bergambar ni.

Satu msia derma ke acc NGO dia, so bila dia tunjuk ke mana duit tu pergi, org pun tak tanya banyak.

3. Ok pastu, dia tak puas hati sebab kena block. Notice that dia mesej ust ebit pada 10 hb dan pada 6 hb tu arwah ayah ust ebit was on the deathbed.

Pastu kau mesej panjang2 berjela siap ckp pasal bawak kamera apa smua melawat bapak dia yg sakit.

Like, org tu tengah struggle ngan kehilangan org tersayang kau cam tak sensitive langsung pastu duk kalut hal tak dapat masuk gaza plak dah.

So aku rasa maybe sbb tu lah ust ebit block caprice.

4. Caprice tak puas hati sebab rasanya Ust ebit dapat sokongan dari Dato Sri Hishamuddin ngan TMJ.

So dia rasa cam berat sebelah sebab tak dapat sokongan yang sama, and dia higjlight this one as “kambing kerajaan” which is aku rasa tak patut lah sebab caprice gi sana pun under umno.

And disebabkan caprice gi mesej dato sri Hishamuddin tu and ckp uat ebit liew dah memalukan nama Malaysia, uat ebit kena siasat and hubungan DSH ngan ust ebit jadi keruh.

Maybe sebab ni jugak kot caprice kena block.

And dalam live caprice ada bgtau, dia nak gi gaza bukan sbb nak bg bantuan, tapi nak share idea dan jumpa kawan2. (influencer palestin smua tu).

And masa live dia siap invite weh geng2 influencer ni pastu duk desak suruh tanya raydaw kenapa caprice masih belum boleh masuk gaza.

Raydaw cam terkedu taktau nak cakap apa sbb smua tu bukan dia yg control. Ya ampunnnnn kau nak masuk gaza nak share idea, ust ebit masuk gaza nak bg bantuan berjuta2.

Yg mana lagi bawak kebaikan kepada rakyat gaza?? 

So sekian sajalah siasatan Briged Bawang Al Perkasam. So 21hb tu haram takde kena mengena ngan ust ebit pun.

Terdahulu, Caprice mendedahkan dirinya disekat pendakwah bebas, Ebit Lew di laman Instagram selepas mempersoalkan tingkah laku Ebit ketika misi kemanusiaannya di Gaza baru-baru ini.

Sehingga kini, Caprice masih berteka-teki mengenai hal sebenar dan memberitahu akan mengadakan sesi ‘Live’ di Instagramnya pada 21 Julai nanti.

Ini bagi mendedahkan perkara yang berlaku semasa misi kemanusian tersbeut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *