Semasa

Netizen Perasan Sesuatu Semasa Tular Perbualan Ira Kazar Meluat Tgk Puteri Sarah yg Lapar Perhatian

Pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana sejak kebelakangan ini menjadi bahan bualan netizen.

Ia berikutan kisah pergolakan rumah tangganya bersama suami, Syamsul Yusoff dan juga orang ketiga yang juga anak kepada pelakon Kazar Saisi, Ira Kazar.

Puteri Sarah Liyana

Bagaimanapun, Puteri Sarah yang dihubungi mStar menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan rumah tangganya masih baik.

Malah kata pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, dia masih memegang status isteri yang sah.

Puteri Sarah

Puteri Sarah kongsi paparan skrin mesej daripada individu tidak dikenali.

“Status kami masih suami isteri. Sebenarnya, malas nak komen banyak tapi kalau ini rancangan pihak ketiga, semoga berjaya la.

“Memang dari dulu sakan dia bercerita itu ini. Tak tahu apa rancangan pihak sana bercerita perkara tak betul dekat orang ramai,” katanya.

Terdahulu, Puteri Sarah berkongsi paparan skrin perbualannya dengan seorang netizen yang bertanya sama ada dia dan suami akan bercerai.

Menerusi perkongsian itu, individu tersebut mendakwa dia mengetahui tentang perkara itu daripada kawannya yang mendapat maklumat menerusi anak pelakon Kazar iaitu Ira Kaza.

“Kawan saya kata sis balik dari umrah, husband sis nak ceraikan sis? Itu yang kawan saya kata. Mungkin Ira Kaza cerita semua kat kawan saya,” kata individu itu.

Sebelum ini, Puteri Sarah pernah meluahkan rasa berang terhadap anak pelakon veteran Kazar iaitu Ira yang masih menganggu rumah tangganya sejak tahun 2019.

Ditanya mengenai nafkah, pelakon drama Melastik Ke Hatimu memberitahu suaminya, Syamsul masih melaksanakan tanggungjawabnya malah kerap berjumpa dengan anak-anak.

Puteri Sarah

Puteri Sarah bawa anak-anak tunai umrah pada April lalu.

“Nafkah anak-anak macam biasa memang tak pernah abai. Syamsul ada datang jumpa selalu. Okey saja tak ada masalah,” ujarnya.

Dalam pada itu, Puteri Sarah menyatakan dia sudah melantik peguam, Datuk Akberdin dari Tetuan Akberdin & Co untuk mengambil tindakan undang-undang berkaitan kes tersebut.

“Saya dah teruskan tindakan undang-undang. Sekarang semuanya ada pada peguam saya. Bila dah dapat tarikh mahkamah, saya akan beritahu,” katanya lagi.

Untuk rekod, Syamsul mendirikan rumah tangga dengan Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.