Semasa

Naufal Danish yg Akan Ambil SPM, Maut Slps DigiIis Lori Dalam Perjalanan ke Kerja

KLANG – Seorang pelajar sekolah menengah maut dalam keadaan menyayat hati apabila bertembung dengan sebuah kenderaan sebelum digilis lori dalam kejadian di Jalan Keretapi Lama, Kapar di sini semalam.

RAKAMAN ADA DI BAWAH SEKALI

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.50 petang, mangsa dikenali Naufal Danish Md. Nor, 17, turut melecur di bahagian kaki selepas terkena api kesan daripada motosikal yang ditungganginya terbakar akibat kejadian tersebut.

Mangsa yang parah di perut disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian susulan kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, berdasarkan siasatan mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke tempat kerjanya sambilannya di sekitar daerah ini.

Jelas beliau, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Surihan Samsudin di talian 013-2082327.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Salam takziah
Al-fatihah (dibaca)
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين

Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya disisi Allah,
Semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,
Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solehah,

Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.
Amiin Amiin Amiin..

Ucapan Takziah Kematian
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…. Aaamiin Ya Robbal Aalamiin..

Leave a Reply

Your email address will not be published.