Semasa

“Tak pernah saya minta rantai..” Ellie Suriaty Akhirnya Bongkar Semua yg Berlaku Berkaitan Dengan Kesetiaan

Perkahwinan bersama Azri Iskandar yang dibina selama 19 tahun akhirnya ke titik noktah apabila pelakon Ellie Suriaty mendedahkan sudah tidak lagi merasai kemanisan dalam rumah tangganya.

Memetik Astro Gempak, Ellie berkata dia mengambil keputusan untuk mengundur diri selepas melihat perubahan bekas suaminya itu yang tidak mahu meneruskan kehidupan bersamanya.

“Saya kenal lelaki (Azri) ini 19 tahun atau 22 tahun termasuk perkenalan sebelum berkahwin. Jadi saya tahu perubahannya dari segi body language semua.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Memetik Getaran, Ellie juga berkata dia tidak terkejut apabila Azri bakal berkahwin kerana sudah menjangkakan perkara itu.

Malah, Ellie berkata sebelum mengambil keputusan untu berpisah dia melihat perubahan bekas suaminya itu.

“Saya tidak terkejut dan sudah boleh agak akan hal ini. Sebab itulah hati saya benar-benar bulat dan tekad untuk menarik diri daripada perkahwinan ini.

Sebab saya dah rasa dia ada hubungan dengan wanita lain.

“Dan, waktu saya failkan cerai, saya tak perlu tanya lagi untuk dapatkan apa-apa kepastian atau kesahihan. Sebab saya kenal dia sangat sebagai suami selama 19 tahun.

“Selama tempoh itu, kita telah melalui segala susah senang bersama. Bila ada perubahan dalam rumahtangga, saya tahu hati dia ada pada orang lain dan bukannya dengan saya lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Ellie berkata dia idak mahu mengambil kisah tentang gerangan wanita yang bakal dikahwini bekas suaminya itu  sebaliknya ingin fokus terhadap anak-anak serta kerjaya seni.

Lebih baik saya teruskan kehidupan ini demi anak-anak dan tumpukan perhatian kepada kerjaya seni saya.

Sebab hidup ini terlalu bermakna untuk kita serabutkan otak dengan hal-hal sebegini,” katanya lagi.

“Sebelum bercerai, saya telah ambil keputusan yang cukup lama untuk memikirkan baik dan buruknya.

“Bahkan saya sudah memohon petunjuk daripada Allah SWT. Azri tidak tahu yang saya tahu apa dia lakukan di belakang saya.

“Tapi, naluri seorang isteri itu sangat kuat. Kita sendiri dapat rasakan banyak perubahan yang sangat ketara. Lagipun kita bukan baru kahwin setahun dua.

“Saya tak nafikan anda ramai perempuan di luar sana yang jauh lebih baik daripada saya. Tapi mereka bukan Ellie Suriaty yang sangat faham siapa Azri Iskandar,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.