Semasa

Tak Cukup dgn Memecat Ex-Wife Dari Syarikat, Founder Baju Melayu ini Sanggup ‘Upload’ Video Bekas Isteri di Tiktok

Siapa ingat mengenai isu seorang founder wanita yang dibuang suaminya daripada syarikatnya sendiri kira-kira setahun yang lalu?

Ini kerana sebelum ini dialah yang sentiasa memberi sokongan dalam membangunkan syarikat itu ketika suaminya masih tidak mempunyai apa-apa.

Bagai jatuh ditimpa tangga kan? Namun yang mengejutkan, kehidupan Nuramirah banyak berubah, dan ramai yang mula memuji tentang kejayaannya yang baru.

Nuramirah bahagia meneruskan hidup

Kini, Nuramirah dilihat bahagia meneruskan hidupnya sebagai seorang ibu tunggal bersama dua orang cahaya matanya.

Bekas suami upload video Nuramirah di TikTok

Dalam pada itu, bekas suami Nuramirah yang dikenali sebagai El Azman dengan secara tiba-tiba memuatnaik satu video mengenai bekas isterinya itu menerusi akaun TikToknya.

Dalam video tersebut, dapat dilihat El Azman sedang menghadiahkan ‘gift’ kepada Nuramirah sewaktu dirinya sedang melakukan live di TikTok.

Tak move on ke tu?

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen seakan tertanya-tanya motif El Azman yang memuatnaik video memaparkan bekas isterinya itu di TikTok.

Betul lah kata orang, bila ada depan mata tak nak hargai, bila dah tak ada di depan mata, sibuk meratap.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Amirah™ (@nuramirah11)

Tonton Video di Instagram nuramirah11 | TikTok elazman

Leave a Reply

Your email address will not be published.