Semasa

Akhirnya Ebit Beri Respon Mengejutkan Gara² Ramai Minta Tukar Pembantu Peribadi

Semalam, pendakwah bebas terkenal Ustaz Ebit Lew (UEL), akhirnya tampil ‘bersuara’ dan membuat laporan polis mengenai kontroversi isu misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestine.

Dalam salah satu perkongsian panjang lebar beliau tentang persoalan-persoalan yang dilemparkan, UEL ada menjawab berkenaan tuduhan Caprice.

Dia telah mendakwa pendakwah itu membawa ‘lari’ proposal misi kemanusiaan yang sepatutnya disertai oleh beberapa selebriti dan pihak tertentu.

Sehubungan dengan dakwaan tersebut, UEL ada memaklumkan yang perkara terbabit sama sekali tidak benar.

Dan beliau tidak pernah berjumpa dengan kesemua selebriti yang dinyatakan sebelum berangkat ke Gaza.

Neelofa Nafi Terbabit Sama

Mendengar namanya turut ‘dipetik’, Neelofa telah meninggalkan komen diruangan IG live Ebit Lew memaklumkan yang hal tersebut tidak benar sama sekali.

Dia bercadang akan menghubungi Caprice sendiri dan ingin bertanyakan mengapa mengaitkan nama orang lain dalam permasalahan tersebut.

Jangan Naikkan Isu Tidak Berasas

Oleh itu, Neelofa meminta agar dirinya dan individu-individu lain tidak dikaitkan dengan sebarang isu tidak berasas seperti yang dilakukan oleh Caprice menerusi ‘pendedahan’ yang dibuat influencer terbabit tempoh hari.

Terdahulu, Caprice ada memuat naik satu tangkapan skrin berkenaan mesej yang diterima mendakwa UEL mengambil kertas kerja misi kemanusiaan yang sepatutnya disertai oleh beberapa orang selebriti dan membawanya kepada Datuk Seri Hishammuddin.

Hal ini dikatakan menjadi punca mengapa dia dan Nadir Al Nuri ‘dipalau’ ketika misi kemanusiaan tersebut berlangsung.

Mana Hilang RM20 Juta?

Dalam pada itu, Ustaz Ebit Lew mempersoalkan bagaimana RM20 juta yang dikumpul Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri hasil kutipan tabung derma diagihkan kepada rakyat Palestin.

Menerusi sesi sidang media yang disiarkan secara langsung di media sosial sebentar tadi, Ebit terpaksa bertanya mengenai perkara tersebut.

Ia selepas segelintir warganet mendakwa beliau menggunakan duit sumbangan rakyat Malaysia untuk menjayakan misi kemanusiaan di Gaza.

Nadir Kumpul 20 Juta

Menjawab tuduhan tersebut, pendakwah berusia 36 tahun itu berkata, beliau telah menggunakan duitnya sendiri.

Ini bagi menanggung segala kos perbelanjaan sepanjang berada di sana.

Nadir Kumpul 20 Juta

“Ramai yang maki saya, mereka ingat saya bawa duit rakyat Malaysia pergi sana.

Yang kumpul duit ini adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dimana kali ini diketuai oleh Nadir.

“Ada dalam live, dia beritahu dapat RM20 juta. Jadi yang kumpul duit ni adalah Nadir. Bukan sikit, banyak dia kumpul hasil kebaikan rakyat Malaysia.

Nadir Kumpul 20 Juta

“Jadi dia tanya saya… patut soalan tu dituju kepada beliau, terangkan mana duit RM20 juta tu. Saya pun bukan nak tanya, tapi ada yang maki saya.

“RM20 juta tu setahun, tahun depan RM20 juta lagi dan seterusnya.

Banyak NGO kat sana yang baik dan ikhlas, tapi saya tujukan soalan pada Nadir. Ada bukti, resit begitu begini?,” soalnya.

Nadir Kumpul 20 Juta

Pertahan Pembantu Peribadi

Terbaru, menerusi IG LIVE sebentar tadi UEL menjawab pertanyaan pihak media mengenai pembantu peribadinya yang dikatakan terlalu kebudak-budakan.

Dan mempunyai banyak ‘cerita’ kurang elok seperti yang didedahkan di media sosial.

Ustaz Ebit Lew menjawab persoalan mengenai isu tukar pembantu (PA).

Menurutnya, apa yang terjadi sekelilingnya masih dalam pengetahuannya dan segala dakwaan yang terpalit dengan pembantu peribadinya adalah fitnah sama sekali.

“Tapi apa yang dituduh tu adalah melampau, fitnah. Kalau betul saya mengaku je.

Team saya terdiri daripada ramai orang, macam-macam latar belakang. Team saya ni ibarat mesin basuh kain kotor bila keluar jadi bersih.

Dalam team ni semua orang kita ambil. Mudah-mudahan semua nanti jadi baik. Ada yang bawah jambatan.

Saya kutip budak dari dalam hutan jadi sebahagian team. Dulu transgender, ada juga.”

Walau bagaimanapun, Ebit Lew menegaskan bahawa bukan tugasnya untuk menilai seseorang dan tidak akan merendahkan mana-mana orang sekalipun.

Caprice Kecewa

Semalam, Ustaz Ebit Lew telah membuat laporan polis mengenai tuduhan serta fitnah-fitnah yang dilemparkan kepadanya sejak kebelakangan ini.

Susulan itu, penyanyi rap terkenal Caprice membatalkan Instagram Live yang dijadualkan berlangsung pada jam 10 semalam serta meluahkan rasa kecewa dengan tindakan pihak tertentu.

Pemilik nama Ariz Ramli itu mencoretkan luahan hatinya berkenaan isu terbabit menerusi ruangan Insta Story di Instagram miliknya.

Nadir Kumpul Shg 20 Juta Setahun Hasil Derma Org Ramai, Ebit Lew Bongkar Siapa yg Sepatutnya Ditanya

“Saya sudah minta maaf dan tak nak keruhkan keadaan lagi, tapi kita sangat kecewa dengan pihak-pihak yang berguna kuasa untuk sembunyikan orang lain.

“Ini adalah kali kedua perkara macam ini berlaku tahun ini, saya dah cukup penat dan serah semua kepada Allah,” tulisnya.

Sementara itu, Caprice juga berhasrat akan memperbaiki dirinya supaya menjadi seorang insan yang lebih baik.

Biarpun masih belum ‘sembuh’ sepenuhnya, pelantun lagu BAL itu berharap keadaan mental dan fizikalnya akan bertambah lebih baik selepas mengharungi segala ujian itu.

“Saya memilih untuk memperbaiki diri, saya masih belum ‘sembuh’ dengan apa yang berlaku tetapi Insya-Allah, mental dan fizikal saya akan menjadi lebih baik selepas ini,” tulisnya lagi.

Nadir Kumpul Shg 20 Juta Setahun Hasil Derma Org Ramai, Ebit Lew Bongkar Siapa yg Sepatutnya Ditanya

Malam tadi, Caprice telah membatalkan sesi Instagram Live yang sepatutnya berlangsung tepat jam 10 malam.

Ia selepas pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew membuat laporan polis berkaitan kontroversi berhubung misi bantuan Gaza.

Terdahulu, Caprice telah memuat naik beberapa pendedahan berkenaan misi kemanusiaan team Ebit Lew sehingga membuatkan ramai yang terkejut.

Namun, pendedahan daripada Nadir Al Nuri pagi tadi benar-benar memberi tamparan kepada semua.

Ini apabila beliau menulis berkenaan kontroversi misi kemanusiaan yang dijalankan oleh pihak pendakwah tersebut baru-baru ini.

Sumber : Ustaz Ebit Lew

Leave a Reply

Your email address will not be published.