Semasa

Berang Rambut Anak Dirobek Guru Disiplin Hingga Hilang Maruah, Tindakkan Ibu Muda ini Sgt Mengejutkan

Jika dulu, isu guru disiplin memotong rambut pelajar di sekolah adalah perkara normal kerana dikatakan melanggar peraturan sekolah, tapi kini tiada lagi.

RAKAMAN ADA DI BAWAH SEKALI

Ini dapat dilihat apabila isu ini mendapat perhatian golongan ibu bapa sehingga mengatakan perbuatan yang dilakukan oleh guru adalah keterlaluan dan menyusahkan para pelajar.

Menurut ibu tersebut, dia kecewa apabila guru tersebut bertindak mengenakan hukuman tersebut kerana ia telah menjatuhkan maruah anaknya sebagai seorang pengawas di sekolah terbabit.

Pada masa yang sama, wanita itu meluahkan kesedihan sebaik sahaja melihat perwatakan anak lelakinya dulu seorang periang bertukar menjadi murung apabila rambutnya digunting.

Difahamkan, pelajar tersebut tidak pernah mengalami sebarang isu rambut panjang sebelum ini.

Apa yang lebih mengecewakan hati seorang ibu adalah mendapat tahu hanya rambut anaknya yang digunting berbanding dengan para pelajar lain.

Terangnya lagi, anak lelaki itu sememangnya gaya rambut seperti itu sejak sesi persekolahan dibuka.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diterima di kalangan warganet dan ramai mengkritik ibu pelajar tersebut dengan mengatakan dia terlampau ‘manjakan’ anaknya.

Pun begitu, terdapat juga warganet dilihat berpihak kepada pelajar lelaki tersebut dengan mengatakan ia sebenarnya melibatkan maruah seseorang dan bukannya anak manja.

Apa pula pendapat korang?

Sumber: Omm, Twitter @isusemasaviral

Leave a Reply

Your email address will not be published.