Semasa

Rupa Ada, Gaji Besar, Tapi ini Sebabnya Kenapa Tunang Mahu Khwin Lelaki Lain

Tidak mudah bagi seseorang individu berjauhan daripada orang tersayang demi memikul tugas dalam mencari rezeki.

Apatah lagi perlu melalui pelbagai ujian dalam tempoh bertunang.

Itu terjadi kepada seorang pemuda, Amal Fudhail yang reda apabila mengetahui tunangnya mengambil keputusan untuk berkahwin dengan lelaki lain.

Ianya ketika dia sibuk bekerja sebagai ‘surveyor’ di Pelabuhan Pulau Pinang.

Walaupun terpaksa berdepan dugaan tersebut, pemuda yang berasal dari Kuala Terengganu itu dilihat cuba untuk bertenang melalui perkongsian video di platform TikTok yang dirakam oleh rakan sekerjanya, @_doreyzz.

“Kawan dapat tau tunang dah nak kahwin dengan orang lain,” tulis @_doreyzz pada ruangan kapsyen video berkenaan.

Menerusi muat naik video berbeza, pemilik akaun TikTok terbabit turut merakam sambil menitipkan semangat kepada Amal yang tetap mempamerkan senyuman meskipun bersedih dengan apa yang berlaku.

Video meraih 322,800 tontonan itu mengundang hampir 1,000 komen warganet yang rata-rata turut bersedih dan bersimpati dengan nasib pemuda terbabit selepas disakiti oleh insan tersayang.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Sabar bro, bunga ada banyak bau

Lepas ni gerenti ramai yang lekat

Semua ni ada hikmah dia bro

Malah, ada juga warganet meminta Amal terus bersabar dan percaya dengan ketentuan Allah SWT selain mendoakan dia supaya dipertemukan dengan jodoh yang lebih baik.

Sumber: TikTok @_doreyzz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *