Semasa

Konon Terjun ke Tasik Dayang Bunting Terus Mengandung, Sekali Kantoi Netizen Bongkar Sesuatu Mngejutkan

TASIK Dayang Bunting sememangnya cukup terkenal dan menjadi antara destinasi percutian yang mesti dikunjungi jika ke Langkawi.

Sehingga kini mitos mengatakan wanita yang sukar hamil, jika meminum atau berendam di tasik ini akan dikurniakan anak masih berlegar-legar dalam kalangan pengunjung.

Namun ia tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenarannya.

Bagaimanapun baru-baru ini seorang wanita berkongsi kisah kejayaannya yang mendakwa mendapat zuriat selepas berkunjung ke tasik ini.

Ia sekali gus menarik perhatian mereka yang selama ini berusaha mendapatkan zuriat atau trying to conceive (TTC) untuk turut sama berkunjung ke destinasi pelancongan popular itu.

“Orang kata, kalau tengah usaha nak dapat zuriat boleh cuba berendam dalam tasik ni. Hujan-hujan pun gigih la terjun juga, tapi dengan jaket keselamatan la.

“Balik je dari sini, seminggu lepas tu saja test. Alhamdulillah lekat seorang baby Langkawi,” tulisnya menerusi satu video yang dikongsi di laman sosial sehingga menjadi tular.

ttc tasik dayang bunting 4 tourism malaysia

ttc tasik dayang bunting 2

Seorang wanita sanggup berendam di tasik ketika hujan.

“Sepupu saya bertahun-tahun tunggu (hamil). Tak silap enam tahun. Sekali pergi sini lekat. Atas izin Allah semua tu.

“Saya mandi kat sini rahun 2015, syok. Sampai sekarang masih ikhtiar hamil. Kawan-kawan semua mohon doakan saya mudah hamil. Penantian sembilan tahun.

“Saya nak dekat setahun tak mengandung. Pergi sini ikut petua minum sikit ikhtiar. Alhamdulillah, kuasa Allah.

“Aku pergi juga selepas seminggu kahwin. Tapi sekarang masih ikhtiar, dah enam tahun TTC.

“Saya pergi sini, siap minum air tasik tu kat tengah-tengah tasik. Tapi lepas dua tahun baru saya hamil. Penantian lima tahun. Kadang-kadang dengar boleh, percaya jangan,” demikian antara komen netizen.

ttc tasik dayang bunting 3

Antara komen netizen.

Sementara itu, pendakwah bebas dan Pencetus Ummah (PU) Amin memberitahu bahawa setiap rezeki, ajal, maut, jodoh dan pertemuan adalah takdir Allah SWT dan manusia diberikan jalan untuk berusaha bagi mendapat kebaikan daripada perkara tersebut.

“Mengenai Tasik Dayang Bunting, pertama kalau daripada sudut fakta saintifik bermakna siapa yang masuk dalam tasik tu, ia akan menyuburkan seseorang, namun fakta itu tidak ada.

“Kedua daripada segi fakta agama, adakah ada mana-mana tempat memang ajaib dan suci kalau kita pergi sana dan kita keluar maka dipermudahkan urusan untuk dapat anak? Fakta agama pun tidak ada.

“Ketiga adalah hukum alam. Macam herba, ubat-ubatan dan sebagainya. Itu digelarkan sebagai alat atau ubat saja.

Ia bukan tugas untuk menyembuhkan tetapi membantu daripada segi memberi penawar dan rawatan agar apa yang dihajati dimakbulkan.

“Keempat, sekiranya kita mempercayai ada keajaiban, magik atau luar biasa, itu membawa kepada syirik.

Ini kerana kepada Tuhan kita sembah, kepada Tuhan kita minta pertolongan. Kita tidak minta pertolongan daripada tasik, tapi kita minta tolong daripada Allah SWT,” katanya kepada mStar.

Sehubungan itu, PU Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim berkata, setiap perkara yang berlaku adalah takdir dan ketentuan Allah SWT.

“Kalau kita celup badan di tasik itu kemudian mengandung… mengandung itu adalah takdir Allah dan bukan disebabkan oleh tasik, bukan disebabkan namanya Dayang Bunting.

“Tak boleh kita jadikan tempat itu sebagai ajaib, kalau celup itu dapat anak. Itu adalah wafaq, yang kita jadikan sebagai tangkal dan itu adalah haram di sisi agama.

“Kalau betul kita mengandung atau mendapat zuriat selepas itu (ke Tasik Dayang Bunting), ia adalah kuasa daripada Allah SWT.

Bukan disebabkan semata-mata tasik atau rawatan yang kita buat. Itu semua asbab sahaja. Allah yang menentukan segala-galanya,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.