Semasa

“Tolonglah, Sy Taktau Nak Buat Apa dah..” Sherie Merlis Menangis Dah Tak Tahan

Pelakon Sherie Merlis, 48, buntu dengan keadaan keluarganya yang dibiarkan bersesak-sesak dalam rumah yang padat seramai 11 orang sementara menunggu tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Lebih merisaukan apabila adik perempuannya yang punyai bayi berusia 10 bulan kini disahkan positif COVlD-19.

“Saya buat live bersebab, pertamanya kerana saya dah buntu dan tak tahu nak buat macam mana lagi dah keadaan saya.

“Dalam 3 hari lepas adik saya dem4m, lepas tu dia pergi klinik kerajaan dia merayu minta check dan buat ujian sw4b.

Mereka check dan dia positif COVlD-19. Yang peliknya mereka suruh dia balik rumah.

“Adik saya terpaksa balik rumah dalam keadaan positif COVlD-19 dan dia ada empat orang anak berusia 10 bulan, 4, 6 dan 7 tahun selain suami.

“Selain itu, saya dan dua anak saya berumur 7 dan 9 tahun terkandas di rumah dia sekarang ni.

“Di rumah ni juga ada bapa saya yang sakit jantvng dan baru sahaja keluar hospital. Ibu saya mengh1dap Alzhmer dan terlantar atas katil.

“Rumah ini padat dan hanya ada dua bilik, satu bilik untuk ibu bapa saya dan lagi satu adik saya guna,” katanya dalam sesi siaran langsung Instagram pada Ahad.

Bagaimanapun, usahanya untuk mendapatkan bantuan KKM menemui jalan bvntu apabila tindakan susulan dan keputusan untuk dikuar4ntin di Pusat Kuarntin dan Rawatan COVlD-19 hanya akan diputuskan pada Isnin.

Saya hubungi KKM dan mereka janji untuk datang secepat mungkin untuk swab test. 

Tapi tak datang, mereka maklumkan kena tunggu sampai Isnin. Memang tak masuk akal!

“Bila adik saya kena tunggu saya dah risau, sekurang-kurangnya maklumkan pada saya apa patut buat dengan adanya kanak-kanak dan warga emas kurang sihat di dalam rumah ini,” tambahnya.

Situasi semakin meruncing apabila adik iparnya yang sudah lengkap dua dos vksin mengalami gejala demm panas selain anak saudaranya yang sudah mulai sakit tekak.

“Pagi tadi suaminya demam panas dan anaknya yang berusia empat tahun sudah sakit tekak. Tinggal saya seorang yang sihat dalam rumah ni untuk menjaga semua.

“Tolong saya, selain KKM siapa lagi boleh tolong kuarantinkan adik saya dan baby dia sebab baby dia menyusu dia.

Tolonglah.. Saya tak tahu apa nak buat.

“Nak marah saya marahlah, sebab ini kenyataan. Kalau saya sakit siapa nak jaga budak-budak dan ibu bapa saya,” tambah Sherie lagi.

Malahan di ruangan komen, rata-rata netizen merasa sed1h dengar apa yang di luahkan oleh Sherie Merlis kerana itu melibarkan kelurga nya.

Rakaman Video ada di Bawah

 

 

 

Tonton Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sherie Merlis (@sheriemerlis)

Sumber : Gem pak / sheriemerlis

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *