Semasa

Disebabkan Tersalah Sebut Gelaran Daie kpd PU, PU Syed Ingin Saman Netizen

PU Syed Ingin Saman Netizen Sebab Tersalah Sebut Gelaran

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Pencetus Ummah (PU) Syed memberi peringatan kepada seorang netizen untuk membuat permohonan maaf dalam tempoh 24 jam kepadanya.

Ia susulan tindakan netizen tersebut yang menuduhnya berkaitan dengan isu seorang lagi pendakwah yang mempunyai nama sama dengannya, Da’i Syed.

Tindakan individu tersebut ditegur oleh netizen lain untuk menyunting kembali nama tersebut kerana bimbang akan menimbulkan fitnah.

Perkongsian PU Syed itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan rakan industri yang terkejut dengan dakwaan berkenaan.

Ada yang meminta PU Syed meneruskan tindakan saman terhadap individu itu sebagai pengajaran.

Malah, entri tersebut turut mendapat perhatian personaliti TV Fedtri Yahya turut meninggalkan komen berharap pihak yang difitnah dan teranaiaya akan mendapat pembelaan sewajarnya.

Sebelum ini, Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri pernah bersuara mengenai kes yang menimpa rakan industrinya, Da’i Syed yang kini terpalit dengan dakwaan rog0I seorang gadis.

Kata PU Syed, biarlah perkara itu diserahkan kepada pihak berkuasa sahaja tanpa perlu mencampuri sehingga ada yang sanggup terus membuka aibnya.

Perkara itu dikongsi sendiri olehnya menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagramnya.

Dai syed pu syed

“Maaf ambe (saya) bukan Da’i Syed dan Da’i Syed juga bukannya ambe.

Jika benar seperti dakwaan terhadapnya, biarlah mahkamah yang menghakiminya.

Toksahlah (tak perlulah) kita selongkar kisah-kisah yang patut ditutupi kecualilah ia didedahkan sendiri olehNya.”

Ujarnya lagi, semua individu wajar untuk sesar dan sentiasa beringat bahawa setiap orang mempunyai aib sendiri.

Hal ini demikian kerana, segala aib kita kini masih terselindung daripada umum.

“Berat sangat mehnah (ujian) dan pancaroba menjadi pendakwah pada usia muda tanpa persediaaan yang sebenar dan sebetulnya.

Kita juga ada aib yang Allah simpan, maka untuk itu cukup-cukuplah kita sebarkan keaiban manusia lain dek kerana inginkan sensasi dan panas.”

Sekadar informasi, Da’i Syed sebelum ini telah menjadi perhatian warganet apabila namanya terpalit dengan dakwaan jnayah sksual.

Namun begitu, beliau khabarnya telah tampil membuat laporan polis berkenaan dakwaan tersebut dan menegaskan kepada mata masyarakat bahawa segala yang dituduh itu hanyalah fiitnah semata-mata.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *