Semasa

“Saya dah tak sanggup, betul² tertekan skg ni..” Elyana Akhirnya Dedahkan Punca Dia Kembali ‘Freehair’

Tindakan penyanyi yang sudah bebas kanser, Elyana memuat naik sekeping foto di laman Instagram mengundang tanda tanya orang ramai terutama peminatnya.

Foto tersebut memaparkan dirinya mengenakan ‘hoodie’ dan berseluar jeans yang mempunyai beberapa bahagian terkoyak, namun tidak lagi memakai tudung.

Muat naik foto

Sebelum ini, dia meluahkan kekesalan terhadap segelintir netizen yang dikatakan sering mengungkit penyakit kaanser limfoma dihidapinya dengan doa dipohon sebelum ini.

Muat naik foto

“Biasalah tu, manusia”

Masa sakit nanti, ingat la Tuhan ..

Elyana Kecewa Dengan Netizen

Memetik laporan Utusan Online, penyanyi lagu Tapak Sulaiman itu mengakui tertekan dengan segelintir warganet yang sering mempersoalkan caranya dalam menutup aurat.

Bukan itu sahaja, Elyana juga kecewa apabila didakwa kononnya cuba meraih simpati atau publisiti dengan menggunakan penyakit tersebut selain menyifatkan teguran netizen agak biadab.

“Betul, saya tertekan kerana warganet. I give up, betul-betul give up,” kata pemilik nama Erneelya Elyana Emrizal itu secara ringkas.

Namun begitu, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal yang mula tampil berhijab ketika memulakan rawatan kanser belum memberi penjelasan berhubung foto terbaharu itu setakat ini.

Muat naik foto

Pada Disember tahun lalu, penderitaan Elyana berakhir apabila disahkan bebas dan pulih daripada penyakit berkenaan yang ditanggung selama 11 tahun.

Muat naik foto

Sumber: Instagram Elyana

Leave a Reply

Your email address will not be published.