Semasa

Wanita Berpantang Cuba Terjvn Rumah Flat, Suami Dakwa Ceraaikan Sbb lstri Selalu Naik Tangan

Sebelum ini tular kisah sedih seorang wanita yang baru 13 hari berpantang diceraikan oleh suaminya.

Ia gara-gara menegur si suami membiarkan buku temu janji klinik anaknya terkoyak.

Terbaharu, suami kepada wanita berkenaan telah tampil menjelaskan perkara sebenar dan mendakwa dia menceraikan isterinya kerana si isteri kerap naik tangan apabila mereka bergaduh.

Lelaki berusia 30-an itu telah menafikan dakwaan yang mengatakan dia menceraikan isterinya hanya disebabkan oleh buku klinik anaknya yang terkoyak itu.

Malah dia turut menjelaskan bahawa sebenarnya dia telah lama bersabar dengan sikap isterinya itu.

Foto kredit : Kosmo

“Sebenarnya pergaduhan saya dengan bekas isteri berlaku selepas isteri marah.

Ini apabila buku temu janji klinik anak kami koyak dan mengugut mahu mencederakan saya.

Bagi saya itu sudah melampau kerana sebelum ini saya bersabar dengan sikapnya yang akan memukul dan mencederakan saya bila kami gaduh.”

Ujarnya, ketika itu dia sudah tidak tahan lagi dengan apa yang telah terjadi dan mengambil keputusan untuk menceraikan bekas isterinya.

Walau bagaimanapun, lelaki berkenaan turut mengakui bahawa mereka pernah bercerai sejak dua tahun lalu dan kemudiannya dirujuk semula atas permintaan isterinya.

“Sepanjang jadi suami, saya tak pernah abaikan tanggungjawab saya. Saya tetap sayangkan anak-anak”.

Susulan daripada itu, dia berharap agar masyarakat dapat berhenti dari membuat sebarang spekulasi serta menghukum dirinya.

Sebelum ini, seperti video dikongsi seorang lelaki dikenali sebagai Sufri_Jamaluddin di laman TikTok, tampil menceritakan kisah seorang wanita yang dipercayai cuba untuk terjun bangunan.

Foto: Tangkap layar video

Kisahnya bermula, apabila pasukan Bomba dan Penyelamat menerima satu panggilan daripada jiran wanita tersebut yang membuat laporan akan tindakannya yang mahu terjvn ke bawah.

Bagaimanapun, mangsa ketika itu sama sekali tidak sempat untuk terjun berikutan tindakan pantas yang dilakukan oleh jiran-jirannya.

Alhamdulillah mangsa tak sempat terjun sebab jiran-jiran sempat halang dan pegang dia.

Menerusi siasatan awal yang dilakukan, suami kepada wanita itu didakwa menceraikan isterinya yang baru sahaja selamat melahirkan anak menerusi kaedah pembedahan dua minggu yang lepas.

Apa yang lebih menyedihkan, apabila suaminya juga didakwa melarikan diri bersama anak sulung mereka dan kereta milik mangsa.

“Bila siasat dan tanya jiran-jiran. rupa-rupanya dia baru sahaja diceraikan oleh si suami yang tidak berhati perut.

Bila dah cerai, suami mangsi lari tinggalkan mangsa.

Dalam masa yang sama, dia bawak lari anak yang sulung bersama kereta mangsa.”

Video tersebut bagaimanapun, meraih ratusan komen yang memberikan kata-kata semangat kepada wanita ini supaya terus kuat mendepani hari-hari yang mendatang.

Semoga kakak ini dikurniakan ketabahan dan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi ujian ini. Amin!

“Kalau boleh ex-husband ambil laa jaga anak2, risau pulak jenis dapat mak senang naik tangan nih.

Apa2 pun tanggungjawab kat anak2 jangan lepas. Kalau tak mampu, Upah helper harian untuk bekas Isteri dalam tempoh berpantang uruskan baby.

Bukan perempuan je yang selalu jadi mangsa keganasan rumahtangga, lelaki pun ada.”

Sumber : Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published.