Semasa

Sera Menangis Bila Tau Shuk Jual Rumah 1.2 Juta Tanpa Berbincang, Rupanya Rumah tu Banyak Kenangan

Sehingga ke hari ini masalah rumah tangga yang dihadapi pelawak, Shuk Sahar dan isterinya Sera belum selesai.

Shuk dan Sera ketika ini hanya mampu meluahkan apa yang mereka lalui di program realiti. Adakah itu cara terbaik untuk mereka selesaikan masalah rumah tangga?

Sebelum ini kita dapat melihat Shuk terkelu bila menerima banyak soalan dan nasihan dari Datuk Aznil Haji Nawawi di program Hard To Heart.

Akui tidak tahu langsung tentang urusan jual rumah RM1.2 juta

Dalam pada itu, Sera akui terkilan kerana Shuk mengetepikan dirinya soal urusan penjualan rumah sedangkan mereka masih bersama.

“Sejujurnya berkenaan rumah itu, saya tidak tahu apa-apa dan tak berani untuk memberi komen.

Sebabnya, sejak tahun lalu selepas saya keluar dari rumah itu saya langsung tidak pernah kembali semula ke rumah itu Perasaan ni sangat sedih.”

Tak sanggup lihat rumah sebab banyak kenangan

“Terlalu banyak kenangan bersama anak-anak di situ, kami juga pernah memasang impian bersama ketika tinggal di sana, terutamanya tentang anak-anak.”

Tak boleh nak maafkan lagi

Dalam rancangan tersebut, Rossa telah meluahkan isi hatinya dan menyatakan bahawa dirinya itu sudah tidak mampu untuk membahagiakan Shuk.

“Sampai satu tahap saya rasa tidak boleh maafkan dia lagi kerana itu hanya akan menyakiti diri sendiri.

Bagaimana saya hendak bahagiakan orang lain kalau saya sendiri disakiti. Kami masih berhubung tetapi hanya kerana anak-anak sahaja.

Kami juga sudah berbincang untuk mengambil keputusan terbaik untuk masa depan. Cukuplah sampai di situ sahaja, mungkin saya tidak mampu bahagiakan dia. Ini juga ujian buat Shuk.

Saya tidak pernah salahkan dia. Bukan senang dia nak lalui semua ini. Sehingga sekarang saya masih memberi kata-kata semangat buatnya.”

Rossa mengatakan dirinya hanya perlu bersabar dengan ujian yang diberikan ini.

Selama ini, Rossa hanya mengadu dengan ibunya mengenai masalah yang menimpanya dan berserah kepada Allah untuk segala ketentuan hidupnya.

Rossa kini hanya mahu fokus kepada anak-anak dan perniagaannya sahaja dan juga mengatakan hubungannya bersama Shuk cukup sampai di sini saja kerana dia tidak mampu untuk beri kebahagiaan buat Shuk.

Semoga mereka dapat selesaikan masalah rumah tangga ni sebaik mungkin.

Kita sebagai orang luar yang telah mendengar masalah mereka hanya mampu doakan yang terbaik.

Kredit: Astro Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.