Semasa

“Ada nampak macam gengster tak?” – Baby Shima tampiI bertatu pula?

Sebut sahaja nama Baby Shima, pelbagai cerita kontroversi berhubung penyanyi itu sehingga mengundang banyak kecaman di media sosial.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Terbaru, penyanyi dangdut itu sekali lagi membuatkan warganet tertanya-tanya apabila berkongsi satu video di Instagram memaparkan dirinya bertatu pada bahagian lengan kiri dan belakang badan.

Lebih membimbangkan apabila tatu penyanyi berusia 30 tahun itu bercorak ‘tanduk merah’ yang pastinya tidak sesuai sebagai individu beragama Islam.

Malah, penyanyi lagu Lalai itu juga tidak menyatakan sebab dia berbuat demikian sebaliknya meminta orang ramai menonton serta mencari jawapan di saluran YouTube miliknya.

Bagaimanapun, dia memilih untuk tidak mengiyakan atau menafikan sekali gus membiarkan orang ramai membuat spekulasi sendiri.

SILA TONTON VIDEO:

 

Sumber:Ohmymedia, Instagram & YouTube Baby Shima

Leave a Reply

Your email address will not be published.