Semasa

Tular Wajah Kembar Fazura yg Tiba² Jadi Perhatian, Rupanya Bukan Calang² Orang Juga

SEORANG wanita menjadi perhatian sekelip mata gara-gara wajahnya dikatakan mirip pelakon popular Fazura.

Terus menjadi bualan netizen, wajahnya bukan sahaja iras pelakon jelita itu, malah suara dan gaya percakapannya turut dilihat mempunyai persamaan.

macam fazura 7

macam fazura 3

Elle ketika menjadi model pada 2015.

“Bila orang kata saya macam Fazura, barulah saya tengok kat cermin, Ada sikit kot, tapi setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza-beza.

“Pasal suara tu taklah sama sangat. Mungkin orang mendengar cara saya bercakap. Saya bukan tiru Fazura, saya hanya menjadi diri sendiri,” ujarnya yang berasal Batu Gajah, Perak.

macam fazura 4

Elle mengusahakan bisnes stik premium bersama suami.

Walau bagaimanapun, Elle yang ibu kepada seorang cahaya mata lelaki berusia empat tahun, menganggap persamaan itu sebagai satu penghargaan orang ramai dan anugerah Allah.

“Sudah tentu dalam hati berbunga-bunga. Fazura kan top artis Malaysia dan pernah dilabel sebagai wanita Melayu paling cantik di Malaysia.

“Pada masa sama saya malu. Saya bukan siapa-siapa, bukan pelakon. Saya bukan saudara-mara dengan Fazura, tiada pertalian pun,” katanya yang pernah bergelar model untuk mempromosikan produk antara 2013 sehingga 2016.

macam fazura 6

Elle (kanan) bersama adik.

Berkahwin pada 2017, Elle dan suami mengusahakan agensi pemasaran bagi mempromosikan produk dan perkhidmatan klien mereka menerusi video-video iklan, sebelum memulakan bisnes makanan dan minuman pada 2022.

“Kami buat bisnes stik premium menerusi khidmat penghantaran di sekitar Lembah Klang. Sampai sold out stik bila dah viral ni, dan kena restock.

“Ada banyak tawaran yang saya terima seperti mempromosikan produk, tapi masih pertimbangkan kerana mahu fokus pada bisnes stik. Impian kami adalah untuk membuka sebuah restoran stik berkonsepkan fine dining di pusat beli-belah.

“Pada masa sama, saya teringin untuk bertemu dengan Fazura. Belum pernah jumpa dia,” katanya yang gemar melukis komik, membaca buku dan menyanyi serta meminati penyanyi Aina Abdul dan Azlan & The Typewriter.

macam fazura 1

Elle (kanan) bersama anak lelaki kini berusia empat tahun.

Sementara itu, suami Elle juga 20-an, Muhammad Firdaus Zakri memberitahu mereka mengenali sewaktu belajar di Universiti Malaya (UM) dan menyifatkan isterinya sebagai wanita bijak, tidak mudah putus asa dan sangat bertolak ansur serta menjadi ibu yang terbaik.

“Dulu sebelum kahwin, memang wajah dia (isteri) macam Fazura. Bila dah kahwin, saya langsung tak fikir persamaan itu, tapi dia adalah permaisuri hati saya, segala-galanya bagi saya.

Setakat ini, belum ada lagi orang panggil saya Fattah Amin, nasib baiklah,” katanya yang merujuk kepada pelakon yang juga suami kepada Fazura.

Setakat ini, video Elle yang dikatakan mirip Fazura meraih 1.8 juta tontonan di TikTok.

Leave a Reply

Your email address will not be published.