Semasa

“Belanja berjuta yang diingat penyanyi sumbang? Rosak branding!” -AC Mizal

Sejak berlangsungnya program nyanyian yang mencetuskan kontroversi tempoh hari, ramai selebriti senior tampil meluahkan kekesalan berhubung pengambilan individu yang tidak sesuai sebagai peserta untuk bersaing dengan mereka yang hebat.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Dengan gimik-gimik yang merapu, ramai yang melemparkan komen negatif kerana melihat program tersebut sekadar mengejar rating sahaja.

Selain dari Dato’ Hattan, seorang lagi selebriti senior yang kerap menjadi pengacara di program-program hiburan terbitan Astro, Dato’ AC Mizal turut tampil bersuara meluahkan rasa tidak gemarnya melihat situasi berkenaan terjadi dalam industri seni Tanah Air.

Menerusi laman Facebook AC Mizal, dia meminta agar pihak penganjur memberikan peluang kepada mereka yang betul-betul layak menyanyi dan bukan kepada individu viral disebabkan perkara negatif.

Situasi tersebut sudah tentu memalukan ramai pihak terutama mereka yang terlibat dalam industri seni. Tambahnya, perkara bodoh seperti itu juga boleh membunuh industri seni kita.

Dalam pada itu, pengacara Maharaja Lawak Mega itu turut mempersoalkan mengapa perlu berbelanja berjuta ringgit namun yang diingati cumalah penyanyi yang sumbang.

AC Mizal juga sempat bertanya sama ada peserta bersuara sumbang itu sedar atau tidak bahawa dia dijadikan bahawa lawak yang pastinya boleh membuatkan ahli keluarga terpalit rasa malu sama.

Sehubungan dengan luahan yang dibuat pengacara itu, ramai yang bersetuju dengan apa yang diluahkan selebriti berkenaan.

Mereka juga menganggap apa yang dilakukan oleh pihak penganjur sangat tidak bersesuaian kerana memperlihatkan sisi negatif sehingga boleh memalukan industri seni negara.

Post Dato Ac Mizal:

Tonton Video:

 

Sumber Ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published.