Semasa

“Terang2 Lvka” Fynn Jamal Luluh Pguam Kata Saksl B0hong.

Umum sedia tahu, semalam telah berlangsungnya perbicaraan k,es pengasas Rumah Bonda iaitu Siti Bainun selepas dia didakwa terlibat atas dua pertudvhan mengabai dan menganiaya remaja Sindrome Down, Bella.

Selepas selesai perbicaraan, kecoh pula di media sosial akan pengakuan peguambela Bainun, Aminahtul Mardiah memaklumkan bahawa keterangan saksi, Yasmin Nahar yang juga merupakan antara penghuni Rumah Bonda adalah boh0ng.

“Tak apelah Bella, subjek matematik dengan fizik lagi penting…”

Bagaimanapun, ianya menjadi perdebatan dalam kalangan orang ramai pula termasuklah mendapat perhatian daripada salah seorang penyanyi dan penulis yang sentiasa mengikut rapat k,es ini iaitu Fynn Jamal.

Menurut pelantun kepada lagu Arjuna Beta itu dalam hantarannya seperti terkilan dengan kenyataan peguam terbabit.

Demikian susulan melihat keced3raan yang berlaku ke atas Bella, tetapi pihaknya tetap ingin berselindung di balik kebenaran dengan hujah menggunakan ‘term’ matematik serta fizik pula.

“Takpelah Bella, subjek matematik dan subjek fizik penapis air lagi penting dari dar4h nan4h kuping ni semua…”

“Mami dah kabo, dunia je ni semua, kan nak? Tak pe”

Reda ‘orang-orang’ jah4t menang di dunia

Dalam tulisannya, Fynn juga ada menitipkan ucapan buat Bella yang sangat menyentuh hati.

Melihat pender1taan Bella, membuatkan nalurinya sebagai ibu ikut meronta, tambahan pula dia juga mempunyai seorang anak istimewa seperti Bella.

“Bella, nanti kat Syurga Bella kawan dengan anak mami ya…Juna pun macam Bella. Luhur, tak ada objektif personal pun wujud atas dunia melainkan untuk jadi asbab Syvrga ner4ka kami yang perlu menjaga dia.”

“Sejujurnya mami reda orang-orang jah4t rasa hepi sebab rasa menang sekarang, sebab mami tahu Allah sifatnya maha membela orang teran1aya.”

Terdahulu, peguam yang diwakili Siti Bainun, berkata tiada sebarang laporan perubatan daripada doktor menunjukkan Bella diberi makan cili sejumlah 1,280 seperti yang dinyatakan saksi.

Bagi menguatkan lagi kenyataannya, Aminahtul turut menjelaskan bahawa tiada laporan perubatan dari dokto menunjukkan gadis Sindrom Down itu diberi makan cili dan mengalami keced3raan dalaman.

Disebabkan hal itu, Aminahtul bertegas dengan pengakuannya bahawa keterangan yang diberi saksi berusia 19 tahun itu adalah pembohongan terbesar.

“Tiada laporan perubatan Bella ced3ra makan 1,280 cili, peguam dakwa saksi lakukan 30 pen1puan.”

Sebelum ini, saksi kelima yang juga merupakan bekas penghuni Rumah Bonda, Yasmin Nahar Mahmood memberi keterangan bahawa remaja Sindrom Down, Bella telah diberi makan 1,280 biji cili padi bagaimanapun didakwa sebagai pemb0hongan terbesar.

Menurut Peguambela Siti Bainun, Nur Aminahtul Mardiah Md Nor berkata, tidak ada laporan perubatan daripada doktor menunjukkan remaja kelainan upaya (OKU) itu telah diberi makan cili dan mengalami keced3raan dalaman akibat memakan cili yang banyak.

 

Dalam sesi perbicaraan tersebut, peguam bertanya kepada saksi bahawa memakan cili setiap hari akan menyebabkan tisu inflation dan boleh menyebabkan perut r0sak serta heart birn.

Malah, peguam turut memaklumkan bahawa tidak menerima keterangan dari doktor atau laporan perubatan diserahkan mengenai ker0sakan perut atau heart burn.

Kedua-dua pertanyaan tersebut dijawab ‘tak tahu’ oleh saksi kelima berkenaan.

Bukan itu sahaja, Nur A’minahtul Mardiah juga mendakwa bahawa Yasmin telah menipu apabila akan kenyataan Bella telah dis1ram air panas yang diambil daripada sebuah mesin air tersedia di apartment tersebut.

Menurutnya, mesin air itu telah rosak sejak 11 Mac 2021 iaitu bulan yang disebut oleh Yasmin sebagai permulaan Bella didera oleh Siti Bainun. Mesin tersebut telah dibaiki pada 22 Jun 2021.

Bagaimanapun, saksi memaklumkan bahawa dia tidak mengingati dan tidak tahu bahawa mesin air tersebut rosak.

Sebelum perbicaraan tersebut berhenti rehat pada pukul 1.00 tengah hari, Nur Aminahtul Mardiah mencadangan Yasmin telah melakukan 30 penipuan kepada mahk4mah.

Bagaimanapun Yasmin menafikan semua dakw44n bahawa dia telah memberi keterangan palsv.

Sebelum ini, Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangs4 mengalami kec3deraan fizikal serta emosi.

Dia didakw4 melakukan perbuatan di sebuah kondominium di Wangsa Maju, di sini antara Februari dan Jun 2021.

Pertudvhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukvman maksimum penjar4 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.