Semasa

“Terlalu banyak rekod poIis..” Ini Senarai 22 Saman Lampau Pemandu Lori yg Terlibat KemaIangan 5 Maut

PEMERGIAN lima pelajar yang rentung dalam kemalangan ngeri pada tengah malam Rabu merupakan satu kehilangan bukan sahaja kepada keluarga, malah rakan-rakan.

Begitulah yang dirasai oleh Muhamad Akmal Norazli, 22, terhadap rakan-rakannya yang merupakan pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (Usas).

Tak tahan memendam rasa rindu, Muhammad Akmal berkata, dia sedih dengan pemergian rakannya, Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, dan Iqbal Hasnun Halimi, 23.

Menurutnya, kedua-dua mereka sangat mengambil berat dan suka membantu rakan-rakan yang lain.

“Arwah pernah nak bagi pinjam duit sebelum raya, tapi saya menolaknya sebab masing-masing dah nak raya.

“Mereka memang kawan yang sangat baik. Bukan itu sahaja, mereka selalu ke masjid. Saya jumpa mereka kebanyakannya di masjid,”

Katanya kepada pemberita ketika ditemui di Masjid Raja Permaisuri Bainun, USAS di Kuala Kangsar, pada Khamis.

Rakan dedah arwah selalu ke

Keadaan kereta dan treler yang terbakar. foto Bomba Perak

Muhamad Akmal berkata, berita pemergian sahabatnya itu begitu mengejutkan kerana terlalu pantas dan kali terakhir mereka bertemu ketika Ramadan lalu.

Dia yang turut menyempurnakan solat jenazah di masjid berkenaan menjelaskan pemergian kesemua mangsa merupakan kehilangan besar buat Usas dan jemaah masjid.

Pemandu Lori Mempunyai 22 Rekod Saman

Pemandu treler yang ditahan bagi membantu siasatan susulan kemalangan maut di Kilometer (KM) 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, dekat Kuala Kangsar tengah malam tadi, direman empat hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, reman ke atas pemandu berusia 28 tahun sehingga Ahad ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Siasatan polis mendapati pemandu treler itu mempunyai 22 saman. Daripada jumlah itu, 21 saman telah dibayar termasuk lapan saman kesalahan pandu laju,” katanya ketika dihubungi BERNAMA hari ini.

Dalam kemalangan itu, lima mangsa yang rentung adalah pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang juga rakan serumah.

Mereka ialah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, yang memandu kereta, Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, penumpang hadapan, Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20 dan Iqbal Hasnun Halimi, 23, yang duduk di bahagian penumpang belakang.

Kemalangan maut di Kilometer (KM) 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, dekat Kuala Kangsar tengah malam tadi. - Foto Bomba
Kemalangan maut di Kilometer (KM) 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, dekat Kuala Kangsar tengah malam tadi. – Foto Bomba

Siasatan awal polis mendapati kemalangan berlaku apabila treler membawa muatan jubin datang dari arah selatan menghala ke utara sedang memandu di lorong kanan disebabkan lorong kiri laluan dari KM246 hingga 244.4 ditutup bagi penyelenggaraan jalan.

Pada masa sama, kereta jenis Honda City dinaiki lima pelajar itu mengekori treler secara perlahan.

Namun tiba-tiba datang treler lain membawa muatan besi pagar dari arah sama di belakang kereta itu tidak sempat membrek dan mengelak, lalu merempuh bahagian belakang kenderaan itu.

Treler itu kemudian menyeretnya ke hadapan sehingga melanggar bahagian belakang treler muatan jubin berkenaan.

Kesemua mangsa terbabit merupakan pelajar dari Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala Kangsar.

Mangsa terlibat dikenali;

– Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, beralamat Taman Desa Bukit Bujang Kuala Kubu, Selangor

– Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, beralamat Taman Perumahan Perwaja Cukai, Terengganu

– Iqbal Hasnun Halimi, 23, beralamat Taman Impian Jaya Senai, Johor

– Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, beralamat Magna Ville Selayang Batu Caves, Selangor

– Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, beralamat Taman Kerian Permai Parit Buntar, Perak

Moga Allah limpahkan kesabaran dan ketabahan kepada ahli keluarga. Moga Allah berikan rahmat dan keredhaan kepada kehidupan mereka dunia dan akhirat.

– BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published.