Semasa

Geram Kena Patuk, Lelaki Nekad Tangkap dan Gigit Ular tu Balik, Tapi Ini yg Terjadi Akhirnya

Seorang lelaki berusia 45 tahun berasal dari sebuah kampung terpencil di India bertindak luar jangkaan apabila menggigit seekor ular jenis Krait sehingga m4ti.

Ia gara-gara ular berkenaan mematuknya ketika pulang dari bekerja.

Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Kishore Badar menceritakan kisahnya membalas dendam dengan menangkap ular tersebut.

Kemudian melepaskan geram dengan menggigitnya berulang kali sehingga m4ti.

“Saya rasa macam ada sesuatu kat kaki saya ketika saya pulang rumah dengan berjalan kaki.”

Sekadar gambar hiasan

“Saya menghidupkan lampu dan mendapati ia adalah ular Krait yang berbisa.

Untuk membalas dendam, saya mengambil ular itu dengan tangan dan menggigitnya berulang kali sehingga m4ti di tempat kejadian.”

Setelah itu, Badar pulang ke kampung halamannya dengan membawa bangkai ular yang telah digigitnya itu.

Kemudian menceritakan pengalamannya kepada isterinya.

Sekadar gambar hiasan

Akhirnya Ini yang Berlaku

Penduduk kampung yang mendengar kisahnya dipatuk ular itu menasihatinya agar pergi ke hospital untuk pemeriksaan selanjutnya di hospital berdekatan.

Walau bagaimanapun, lelaki berkenaan didakwa enggan pergi ke hospital dan lebih memilih untuk bertemu seorang pengamal perubatan tradisional bagi mendapatkan rawatan.

Ujarnya lagi, dia tidak merasa sebarang kesakitan meskipun telah dipatuk oleh ular yang berbisa.

“Walaupun saya digigit ular Krait yang berbisa, saya tak rasa apa-apa.

Saya pergi ke pengamal perubatan tradisional untuk mendapatkan rawatan dan telah sembuh.”

Sumber : IndiaToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *