Semasa

Tersentuh Peserta Nyanyi Lagu ‘Kesetiaan’, TokTi Menangis Teringat Siti Sarah, Ini Pula Reaksi Ajai

Minggu ini telah berlangsungnya Big Stage minggu ke tiga.

RAKAMAN VIDEO REAKSI SITI NURHALIZA ADA DI BAWAH SEKALI

Sebentar tadi, persembahan oleh Aisha Retno membuatkan ramai sebak. Apa tidaknya, lagu Kesetiaan yang pernah dipopularkan oleh arwah Siti Sarah telah dibawa dengan penuh penghayatan oleh Aisha.

Bukan setakat penonton sahaja yang merasa sedih dan sebak, malah juri tetap Big Stage 2022 iaitu Dato Siti Nurhaliza turut menangis bila melihat persembahan nyanyian yang sangat menyentuh hati oleh Aisha.

Di twitter, terdapat pelbagai ciapan yang memberi respon terhadap nyanyian Aisha.

Ada yang mendakwa, mereka turut menangis bila Aisha berjaya membawa lagu tersebut dengan sepenuh hati.

Seorang pengguna Twitter memuat naik semula babak nyanyian Aisha. Jelas beliau, persembahan itu baginya merupakan persembahan terbaik pada minggu ini.

“save the best for last. persembahan terbaik this week #bigstage2022 #dominasibbnu ”

Pengguna twiter tersebut turut memuat naik semula reaksi spontan Dato Siti Nurhaliza yang jelas nampak tidak mampu menahan tangisan beliau.

Ketika ditanya Sherry, TokTi mengakui dirinya tiba-tiba sahaja teringatkan Allahyarhamah sewaktu lagu tersebut dinyanyikan. Sebelum melontarkan komen terhadap persembahan berkenaan, Ajai telah pun meminta semua yang ada disitu untuk bertafakur sebentar sambil mengetuai bacaan Al-Fatihah.

Tonton Video:

 

Sama-sama kita sedekahkan Alfatihah buat arwah Siti Sarah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.