Semasa

Khabar menghibakan, Danial Imran meninggal dunia tersepit tayar Iori kontena. Salam takziah buat keluarga

SUNGAI BULOH – Seorang lelaki maut apabila tersepit dibahagian tayar belakang sebuah lori kontena dalam kemalangan di Jalan Sungai Buloh menghala Damansara Damai, di sini, pagi tadi.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu sekitar pukul 8.16 pagi.

Jelasnya, anggota bertugas bertindak membawa keluar mangsa menggunakan peralatan ‘air lifting bag’ dan bantuan excavator.

“Kami mengambil masa beberapa minit bagi proses mengeluarkan mangsa sebelum mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.

Salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga dan rakan kenalan arwah. Semoga tabah menghadapi dugaan ini. Alfatihah..

Sumber kosmo

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published.