Semasa

“Singkatnya tudung..” Terkejut Lihat Penampilan Terkini Mia Sara, Netizen Tuduh Pengaruh Dari Rakan Sebaya

Pelakon remaja, Mia Sara atau nama sebenarnya Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan secara tiba-tiba menjadi bualan netizen di media sosial.

Ia apabila dia telah dituduh mengalami perubahan drastik dari segi penampilannya ekoran terpengaruh dengan rakan sebaya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Mia di laman TikToknya, kelihatan dia sedang membuat konten bersama rakannya yang hanya memakai baju ‘singlet’  di dalam sebuah bilik ternyata mencetuskan pelbagai reaksi ramai.

Mana tidaknya, rata-rata netizen menyifatkan Mia tidak seharusnya berkawan dengan wanita tersebut kerana khuatir pelakon itu akan mengikuti jejak sama rakannya itu.

Pun begitu, ada segelintir daripada mereka tidak sependapat disebalik pertuduhan yang dilemparkan oleh netizen lain kerana mereka tidak boleh menghukumi seseorang daripada luaran sahaja.

Malah, pelakon yang berusia 16 tahun itu berhak untuk berkawan dengan sesiapa sahaja dan netizen tidak berkuasa untuk mengatur hidupnya.

Sumber: TikTok @miasaranasuha

Leave a Reply

Your email address will not be published.