Semasa

Hantar Anak Masuk MRSM, Rita Rudaini Kngsi Rasa Sebak “Anak Dibesarkan Ibu Tunggal Melangkah Ke Depan”

Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa sebak selepas menghantar anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin memasuki sekolah berasrama penuh Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Menurut Rita, 45, dia yang selama ini tidak pernah berjauhan dengan anaknya itu mengalirkan air mata sedlh bercampur gembira melihat pencapaian anaknya itu.

 

SILA LIHAT VIDEO PENUH DI BAWAH SEKALI

 

Saya ibu yang normal. Rasa sakit, pedlh itu dah biasa. Macam mana hujan lebat hari ni macam tahu derasnya air mata saya hari ni.

 

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya menitipkan ucapan tahniah di atas kejayaan Rita yang berjaya mendidik anaknya sehingga melayakkan diri ke sebuah sekolah berprestij.

Malah, kekuatan Rita sebagai ibu tunggal dalam membesarkan anak-anaknya turut menjadi inspirasi kebanyakkan wargamaya terutamanya wanita.

 

Cahaya Cinta:seb4k anak tu tanpa ayah di sisi. Tahniah Rita kuat besarkan anak-anak. Hebat awak.”

blackbeautyz:Hmmmm kita yang n4ngis tengok. Dari baby sampai besar kita tengok Rayyan. All the best Rayyan moga dipermudahkan segala urusan.”

eisyaelisya:tahniah abang Rayyan. Nanti jaga ibu ye.. buktikan yang Rayyan mampu jaga ibu dan adik.. walaupun tanpa ayah.”

mum mirairfanassyifa:Semangat luar biasa kak Rita ..dari down sampai bangun semula… tahniah Rayyan…”

juesufi:Rita seorang ibu tnggal yang hebat. Berjaya didik anak-anaknya dunia akhirat dan Rita buktikan dia seorang wanita yang berjaya mddik anak-anak tanpa seorang lelaki di sisinya.”

iamfieza:Sian tengok anak-anak Rita ni.. dari kecik sampai besar tak rasa kasih sayang sepenuhnya dari ayah dia, padahal ayah ada lagi.Taniah Rita kuat demi anak-anak tersayang.”

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 450,000 tontonan daripada warga TikTok.

Untuk rekod, Rita dan Aidil, 34, pernah berumah tangga pada tahun 2008, namun jodoh mereka tidak panjang dan bercer4i pada September 2013.

Bagaimanapun, hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua putera iaitu Airit Rayyan Rizqin, 13, dan Airit Qaqa Arjuna, 11.

VIDEO DI BAWAH INI

Sumber: Gempak

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.