Semasa

Anak Seringkali Melalak Setiap Kali Berenggang, Tindakkan Ibu Muda ni Sangat Mengejutkan

Menjadi seorang ibu bukanlah mudah kerana terpaksa berhadapan dengan kerenah anak-anak kecil, terutamanya bagi wanita yang bekerja.

Apa yang merumitkan keadaan lagi, apabila anak mereka tidak mahu berenggang walaupun sesaat daripada ibu bapa mereka seperti yang dikongsikan oleh wanita ini.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna yang dikenali @lampuukircustom, kelihatan seorang ibu sedang meluahkan perasaannya apabila penat menjaga anak kecilnya.

Ia lebih memenatkan apabila anaknya itu tidak mahu berenggang langsung, seolah-olah mahu sentiasa berkepit.

Tambahnya, anak kecil itu pasti akan menangis apabila mengetahui ibunya pergi meninggalkan dia walaupun beberapa saat.

Disebabkan kelakuan anaknya yang sentiasa menangis apabila berenggang, wanita itu mengakui dirinya agak tertekan dan terasa seperti mahu melarikan diri.

“Maaflah, tapi momy memang rasa macam nak lari saja dari awak apabila berlaku seperti ini.”

Pada masa yang sama, wanita itu mengatakan dirinya berfikir sedemikian kerana tiada sesiapa yang memahami perasaannya pada ketika itu.

“Bila bersepah nanti, kena marah. Tak ada sesiapa nak faham. Stres, ya. Rasa nak mati saja.”luahnya.

Apa yang membuatkan dirinya lebih tertekan adalah apabila dia gagal untuk menambahkan pendapatan keluarga disebabkan oleh sikap anaknya yang ‘manja’ itu.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dapat dilihat dan kebanyakan di kalangan warganet memberikan kata-kata semangat kepada wanita itu untuk terus kuat bagi menhadapi kerenah anak yang sentiasa memerlukan perhatian.

Di samping itu, terdapat beberapa warganet mengatakan suami juga perlu memainkan peranan dalam mengawal emosi para ibu bagi mengatasi ‘burnout’ yang dialami oleh mereka.

Dan, isteri juga dinasihatkan banyak berkomunikasi dengan suami bagi meringankan bebanan yang ditanggung.

Pun begitu, ada yang meluahkan kesalan apabila golongan wanita bergelar ibu dituduh sebagai ‘pengikis’ duit suami apabila hanya duduk di rumah sahaja.

Apa-apa pun, diharapkan agar semua ibu di luar sana perbanyakkan bersabar, tabah dan kuat dalam melayani kerenah anak-anak.

Tidak kurang juga, meluahkan perasaan dan bebanan yang dihadapi kepada suami atau pun orang yang mereka percayai.

Sumber: TikTok @lampuukircustom

Leave a Reply

Your email address will not be published.