Semasa

“Tak payah nak perasan..” Azri Iskandar Akui Memang Ada Bawa Wanita ini Pulang Ke Kampung Lawat Kubur

Aktor Azri Iskandar tampil menjelaskan dakwaan kononnya dia mempermainkan hati seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai F, menerusi pendedahan eksklusif mStar Online hari ini.

Terbaru menerusi laporan portal sama, pelakon berusia 54 tahun itu berkata, dakwaan wanita itu adalah fitnah selain hanya mencintai penulis skrip, Dr Azra Diera selepas bercerai dengan aktres Ellie Suriaty pada bulan lalu.

“Saya minta tolong dia hantar ke kubur mak saya atas sebab lesen memandu dan cukai jalan kereta dah mati. Bukan sebab nak kenalkan dia dengan keluarga.

“Tanya lah makcik-makcik saya sendiri, ada ke saya kenalkan F dengan mereka sebagai bakal isteri?” jelasnya lagi.

Sementara itu, duda berkenaan juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya terdapat pihak yang ingin menjatuhkan maruahnya.

“Buktikan… kang saya saman nanti.

“Kalau you tulis Ara (Azra) itu perampas lagi, sehinggakan apabila saya pergi Perlis esok ayah dia tak buka gate kerana malu dengan saya… saya akan saman satu-satu,” ujarnya.

Sumber: mStar Online (Nur Al-Fairuza Syarfa)

Leave a Reply

Your email address will not be published.