Semasa

Wanita Sedih Bila Dikatakan Tak Sepadan dgn Suami yg Kacak, Sekali Kantoi Netizen Bongkar Vdeo Mereka yg Lain

Sama cantik sama padan atau bagai pinang dibelah dua, itu ungkapan bagi menggambarkan pasangan pengantin baharu yang dilihat saling melengkapi antara satu sama lain.

Namun, berbeza pula dengan seorang wanita ini apabila dikatakan kurang sepadan dengan suaminya.

Ini kerana lelaki tersebut kelihatan kacak sekali gus dianggap tidak sesuai sebagai pasangan hidup.

Komen ‘jahat’ itu ditinggalkan oleh seorang individu selepas wanita berkenaan yang mesra dipanggil Cik Syarifah memuat naik satu video ketika mengenakan busana pengantin bersama suaminya.

Tidak berdiam diri, wanita berusia 24 tahun itu tenang membidas komen tersebut dengan menghasilkan satu video menyifatkan semua yang berlaku adalah jodoh ditetapkan Allah SWT.

Wanita berasal dari Pahang itu berkata, setiap individu harus membuang rasa hasad dengki dalam diri.

Ini kerana sifat berkenaan boleh membuatkan seseorang tidak senang melihat kehidupan orang lain.

“Dia (suami) yang pilih I, jadi kenapa awak yang panas? Sebagai manusia, cuba kita buang perasaan hasad dengki sebab ia boleh membuatkan kita sakit hati dengan orang.

“Kalau nak rasa diri kita cantik, jangan rasa kita sempurna sangat.

Biar la saya ni tak cantik, tak padan dengan suami saya tapi dia tetap sayang saya okey,” jelasnya.

Bagaimanapun menerusi komen lain, rata-rata mengakui suaminya yang dikenali sebagai Hafiz Zikry itu mempunyai wajah yang biasa je.

“Nak kata kacak tu takdelah, biasa je. Kira sepadan la dengan isteri dia. Tu semua auto filter dari tiktok je..” – Netizen

Walaubagaimana pun, semoga pasangan ini bahagia hingga ke anak cucu hendaknya.

Sumber: TikTok @___cikpahhh___

Leave a Reply

Your email address will not be published.