Semasa

“2 minggu sekali kena..” Akui Semakin Penat, Sharifah Sakinah Bongkarkan Kehidupan Barunya Kini

Pelakon Sharifah Sakinah menafikan dakwaan dirinya berhijrah ke Sweden selepas berkahwin dengan suaminya, Michael Hansen.

Menurut laporan Harian Metro, pelakon berusia 33 tahun itu berkata, dia tenang di sana tetapi mengakui letih apabila perlu berulang-ulik dua minggu sekali.

Sakinah yang juga adik kepada pelakon dan penyampai radio Sharifah Shahirah kini berada di tanah air sekali gus memanfaatkan masa dengan sebaiknya.

“Saya anggap ia bulan bersilaturahim. Maksudnya, kalau orang ajak pergi acara, majlis hari jadi, saya akan datang. Dalam erti kata lain, saya tidak bekerja dan menjalani penggambaran.

“Sebab sebelum ini, kalau balik Malaysia saya akan terbabit dengan penggambaran. Waktu itu saya memang tidak ada masa dengan anak dan kawan-kawan.

“Jadi, bila balik sini macam tak balik. Sebab tu orang tak perasan kalau saya balik,” ujar pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Hansén (@michael_hansen79)

Tambahnya, dia tidak mempunyai perancangan untuk membawa anaknya Anais tinggal bersama kerana itu sahaja cucu perempuan dimiliki oleh keluarga bekas suami, Aliff Adha.

Sumber: Harian Metro (Sudirman Mohd Tahir) , Instagram Sharifah Sakinah & Michael Hansen

Leave a Reply

Your email address will not be published.