KUALA LUMPUR: Keputusan melaksanakan sekatan pergerakan penuh di seluruh negara bukan sesuatu pertimbangan yang mudah, kata Tan Sri Muhyidin Yassin.
Negara kehilangan RM1 b.ilion ringgit sehari sepanjang pelaksanaan P.erintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau berharap kerajaan dapat meringankan beban yang ditanggung indivdu yang terkesan.
Ia selaras pengumuman pakej rangsangan ekonomi dan bantuan kewangan PEMERKASA Plus bernilai RM 40 bilion dengan suntikan fiskal sebanyak RM 5 bilion ringgit.
“Namun, kita tidak boleh berterusan begini. Demi kesihatan dan kelangsungan hidup kita semua, kita perlu segera keluar daripada krisis ini.
“Pada hari ini, saya ingin mengumumkan Pelan Pemulihan Negara yang merupakan satu strategi peralihan keluar secara berfasa dari kemelut p.andemik C0vid 19,”
Katanya sempena perutusan khas Pelan Pemulihan Negara: Peralihan Fasa PKP secara berperingkat yang disiarkan secara langsung di beberapa stesen televisyen tempatan sebentar tadi.
Baru Habis Pengumuman Ramai Tinggalkan Komen Di FB Perdana Menteri
Harap Gaji Menteri Semua Dapat
Tak Sabar nak PRU
Rakyat dah Follow SOP Lama Dah..
Rakyat Makin Terbeban
Strategi Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan kerajaan hari ini merangkumi empat fasa.
Dan ianya melibatkan pelan peralihan fasa P.erintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berperingkat.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, setiap fasa pelan pemulihan itu berpaksikan kepada data yang bersandarkan tiga indokator ambang utama untuk beralih dari satu fasa ke fasa seterusnya.
“Indikator pertama adalah keadaan penularan C0vid 19 dalam komuniti berdasarkan bilangan kes jangkitan harian.
Manakala indikator kedua adalah keupayaan sistem kesihatan awam berdasarkan kadar penggunaan katil di wad unit rawatan rapi.
“Indikator ketiganya adalah tahap populasi yang dilindungi berdasarkan peratusan yang telah lengkap menerima dua dos s.untikan v.aksin, “
Katanya dalam perutusan khas berhubung s.ituasi semasa C0vid 19 hari ini.
Kredit : Kosmo/OM