Sungai Buloh: Tertekan diberhentikan kerja dan dihaIau dari rumah sewa, seorang wanita cuba terjun dari tingkat 32 sebuah kondominium di sini, semalam.
Bagaimanapun, tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berjaya memujuk dan menyelamatkan mangsa.
Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian terbabit pada jam 7.52 malam.
“Seramai 19 anggota dengan satu jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan lokasi kej4dian.
“Setiba di lokasi terdapat seorang wanita berada di tepi bangunan di tingkat 32 kondominium berkenaan dan cuba untuk membvnuh diri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurutnya, pasukan penyelamat membuat persiapan dengan memasang tali keselamatan dan memujuk wanita terbabit ke tempat selamat.
Dah Terlalu Lama PKP
Semakin Ramai Terasa Bahang
Keputusan Kerajaan Terlalu Lambat
Perlu Beri Bantuan Psiktri
“Mngsa didapati mengalami masalah peribadi kerana kehilangan kerja dan dihalau dari rumah sewa.
“Wanita terbabit diserahkan kepada p0lis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Sumber : HMetro