TATKALA seluruh dunia dilanda pandemik Cvid-19, banyak pihak terutamanya golongan sederhana dan miskin yang menerima kesan.
Dapat dilihat, ramai yang kehilangan pekerjaan, tidak kurang juga pendapatan segelintir individu terjejas teruk.
Ini apabila sektor perekonomian seperti pelancongan tidak dapat dijalankan seperti kelazimannya.
Ada juga yang menyeru rakan-rakan artis supaya menjadikan platform media sosial serta pengaruh yang ada pada mereka untuk sama-sama membantu golongan yang terjejas.
Tambahan pula, tidak dapat dinafikan golongan tersebut juga menjadi penyokong dalam kerjaya sesetengah artis yang mereka minati.
Maka tidak salah untuk golongan selebriti pula turun padang bagi sama-sama meringankan beban mereka.
Akaun Azhan Rani Masih ada Setengah Juta
Pelakon hebat, Azhan Rani mencetuskan gelak tawa warganet apabila mendedahkan jumlah dalam akaunnya masih ada lebih setengah juta walaupun lebih sebulan tidak bekerja.
Kenyataan itu telah menerbitkan rasa terkejut di kalangan netizen.
Namun, rupa-rupanya angka yang dikongsi adalah jumlah pengikut di dalam Instagramnya yang kini mencecah 580,000 orang.
“Dah sebulan lebih tak kerja, menggigil nak periksa dalam akaun ada berapa.
Sekali periksa lega, ada 580,000 lagi.
“Fuh jadilah, walaupun itu hanya akaun Instagram sahaja,” selorohnya.
Lelucon Azhan turut mengundang komen daripada beberapa artis yang berkongsi jumlah dalam akaun masing-masing.
Komen Nora Danish Paling Win
Tolong transfer ke saya sikit
Saya ada 7.3 Juta je, jom share
Beriyo den percaya
Sumber: Utusan