Semasa

Mohamad Syafiq Mustaqim Mohammad Fadly yg Hanyut Di Longkang Akhirnya Ditemui

Selamat tinggal. Itu ayat terakhir yang sempat diucapkan oleh Mohamad Syafiq Mustaqim Mohammad Fadly, 8, sebelum dihanyutkan arus deras.

Ia selepas tergelincir ke dalam longkang berhampiran Flat Cempaka di Seremban 2 di sini, pada Sabtu.

Ketika kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mngsa sedang bermain dengan seorang abangnya berusia sembilan tahun dan seorang kawan berusia 12 tahun.

Menurut ibunya, Nor Ain Ismail, 27, sebelum itu dia ada pulang ke rumah menghantar makanan buat dua anaknya.

“Saya sempat pesan kepada mereka supaya jangan keluar rumah dan tunggu ayah pulang sekejap lagi.

Tapi dalam jam 4.30 petang saya dapat panggilan telefon dari penduduk yang beritahu anak saya terjatuh ke dalam longkang”, katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, ketika kejadian anaknya berada di bawah jagaan bekas suaminya yang tinggal Flat Dahlia di situ.

Bagaimanapun katanya, bekas suaminya itu tiada di rumah kerana pergi bekerja.

Ayah dia selalu kerja malam. Tapi kebetulan pagi tadi majikannya telefon panggil bekerja.

“Kami sama-sama uruskan anak walaupun telah berpisah tahun lalu. Tapi mngsa dan abangnya berusia sembilan tahun tinggal dengan bapanya.

Dan yang sulung lelaki berusia 10 tahun dengan nenek di Ampangan dan yang bongsu perempuan dengan saya di Bukit Rasah,” katanya.

Ujarnya, dua anaknya dan bekas suaminya baharu berpindah ke situ sejak empat bulan lalu.

Kata Nor Ain, anaknya tidak pernah bermain di kawasan itu dan biasanya hanya di kawasan rumah.

“Tapi entah macam mana dia nak pergi bermain kt situ hari ini. Abangnya dah larang, tapi dia tak dengar.

Sebab itulah abangnya terpaksa ikut sama. Tapi katanya masa adik nak basuh kaki dia tergelincir dan paling sedih dia sempat cakap selamat tinggal,” katanya.

Menurutnya, dia difahamkan ada penduduk yang cuba menarik mangsa, tapi tidak sempat.

Sementara itu Nor Ain berkata, dia tidak menyangka kejadian menimpa anaknya itu berlaku beberapa hari menjelang Aidilfitri.

Ayah dia dua hari lepas ada belikan baju raya dan dialah paling teruja. Tapi saya nampak kali ini dia tak ceria langsung, katanya.

Mayat mngsa ditemui selepas lebih 35 jam operasi mencari dan menyelamat dilakukan pasukan keselamatan terdiri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Zon Seremban JBPM Negeri Sembilan, Khir Amir Ahmad, berkata mayat murid Sekolah Kebangsaan (SK) Nyatoh itu ditemui di kawasan kolam takungan tidak jauh dari lokasi mngsa terjatuh.

“Kami temui mayatnya jam 7.30 pagi tadi selepas usaha dilakukan bagi mengurangkan air dalam takungan yang bermula semalam.

“Keseluruhan seramai 56 anggota JPBM dan PDRM terbabit dalam operasi ini dan Alhamdulillah akhirnya mayat kanak-kanak ini ditemui,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang Sabtu lalu, mangsa dikatakan sedang bermain dengan abangnya yang berusia sembilan tahun dengan seorang kawan berusia 12 tahun l.

Kemudian tergelincir ke dalam longkang berhampiran flet berkenaan sebelum dibawa arus.

Sementara itu, ibu mngsa, Nor Ain Ismail, berkata, dia reda dengan ketentuan Ilahi dan bersyukur kerana akhirnya dapat melihat wajah anak ketiga daripada empat beradik itu.

“Saya dimaklumkan oleh pasukan keselamatan mengenai penemuan mayat anak saya pada jam 7.40 pagi tadi ketika berada di rumah.

“Saya dan suami terus ke lokasi. Alhamdulillah, akhirnya saya dapat lihat anak dan kembali ke pangkuan saya walaupun dia sudah tidak bernyawa,”

Katanya ketika ditemui di luar pekarangan Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ja`afar (HTJ) Seremban, di sini.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon.

Sementara itu, Nicole berkata beliau bagi pihak kerajaan negeri akan membantu keluarga terbabit terutama urusan pengebumian kanak-kanak berkenaan.

Sumber Kosmo, Artikel diterbitkan pada 10 Mei 2021 dan disiarkan semula supaya kita bersama dapat menyedekahkan doa dan alfatihah.

Semoga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah.
Salam takziah buat keluarga arwah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *