Semasa

Gadis yg Konon² Tahu Kes Sebenar Arwah Zulfarhan, Akhirnya Tampil Dedah Sesuatu

Tindakan seorang gadis seolah-olah mempersoalkan perangai Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), arwah Zulfarhan Osman Zulkarnain dikecam warganet di laman Twitter.

Difahamkan, gadis tersebut memuat naik ciapan menyatakan pasti terdapat punca sehingga arwah diperlakukan kejam oleh enam bekas penuntut UPNM yang dijatuhi hukuman penjara 18 tahun.

“Kau tak nak tanya apa punca (kejadian) semua ni? Kau tak nak tahu perangai arwah macam mana sampai boleh jadi macam ni?,” ciap gadis terbabit.

Seorang pengguna Twitter, @pedoqpop berkongsi semula tangkapan skrin ciapan berkenaan yang meminta penjelasan lanjut daripada gadis itu.

Ia berhubung perangai Allahyarham sehingga diulang kicau sebanyak 3,839 kali.

Perangai arwah yang macam mana?

Namun, gadis tersebut mengakui tiada niat mempersoalkan semua itu apatah lagi mahu membuka cerita sebenar menerusi tangkapan skrin memaparkan perbualan dalam direct message (DM) yang dimuat naik @PutriAinNatasha.

Cerita la sis!

Berdasarkan perbualan DM berkenaan, gadis itu menafikan dirinya membela si pelaku sebaliknya hanya mempersoalkan bagaimana kejadian terbabit boleh berlaku.

Ia sehingga tertuduh tergamak melakukan kecederaan terhadap Allahyarham.

“Cuba pikir guna akal, kenapa diorang marah sangat kat arwah?” – Gadis

Selain itu, menerusi ‘siasatan’ warganet, mereka mendakwa gadis tersebut adalah teman wanita kepada salah seorang tertuduh

Ia selepas terjumpa satu akaun Instagram didakwa milik seorang bekas penuntut UPNM.

‘Relationship goals’

Tindakan seorang gadis seolah-olah mempersoalkan perangai

Bio akaun Instagram berkenaan meletakkan nama “Najeha’s” yang didakwa hampir sama seperti nama digunakan gadis terbabit di akaun Twitter.

Namun, kesahihan perkara ini belum dapat dipastikan lagi.

Tindakan seorang gadis seolah-olah mempersoalkan perangai

Bagaimanapun, pencarian mendapati akaun Twitter gadis itu dipercayai telah dinyahaktifkan selepas bertubi-tubi dikecam warganet.

Ia apabila dengan beraninya mempersoalkan punca kejadian tersebut.

Tindakan seorang gadis seolah-olah mempersoalkan perangai

Terdahulu, berdasarkan laporan media, terdapat 90 kes tekapan seterika pada tubuh Allahyarham Zulfarhan akibat perbuatan tertuduh.

Ia selepas mangsa disoal siasat berhubung kehilangan komputer riba dalam kejadian 21 Mei 2017.

Sumber: Twitter @pedoqpop , @PutriAinNatasha , @meinmokhtar & @jihayihaaa

Bagaimanapun, menerusi satu sesi live di IG, gadis tersebut menafikan dakwaan bahawa dia adalah kekasih kepada salah seorang tertuduh.

Malah, dia juga engga menceritakan kisah sebenar mengenai kes tersebut kerana tidak mahu memanjangkan isu apatah lagi tertuduh sudah pun dijatuhkan hukum.

“Aku berani tweet macam tu sebab memang aku tahu cerita sebenar. Tapi minta maaf sangat-sangat tak boleh nak cerita.

“Saya tak ada apa-apa hubungan dengan laki tu. Dorang sebenarnya suka hati je cakap Jiha ni girlfriend salah seorang pelaku tu. Padahal nama je kebetulan sama Najiha,” katanya.

Sementara itu, seorang netizen yang megatakan jika benar tahu cerita sebenar bolehlah jadi saksi kes tersebut.

Tetapi mengapa gadis itu tidak pernah dipanggil jadi saksi sepanjang empat tahun kes itu berjalan.

SUMBER: Facebook Kai Auburn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *