Sewaktu banjir melanda, banyak harta benda termasuk rumah juga hanyut dibawa arus yang sangat deras. Malah ada yang bertahun-tahun mengumpul wang demi melengkapkan kediaman masing-masing, namun akhirnya pasrah apabila lesap sekelip mata. Walaupun sudah surut, namun bukan semua barang dapat digunakan atau ditemukan semula.
BACA DAN TONTON VIDEO DIBAWAH SEKALI
MISI MENCARI PETI AIS AKHIRNYA JUMPA JUGA , LAH ATAS POKOK RUPANYA
Tanpa disangka-sangka, rupanya peralatan penyejuk makanan tersebut dijumpai tersadai atas sebatang pokok akibat penangan banjir. Tatkala rakannya dilihat pasrah mungkin sedang memikirkan cara untuk turunkannya, tetapi Suhairi gagal untuk menahan ketawa susulan penemuan itu. Secara keseluruhan, klip berdurasi 15 saat itu telah meraih lebih 650 ribu jumlah tontonan setakat ini.
Walaupun asalnya bersimpati terhadap nasib pemilik peti ais berkenaan, namun rata-rata netizen akui terhibur juga susulan reaksi ketawa perakam video. Selain berharap agar ia mampu diturunkan dengan selamat serta berfungsi seperti biasa, mereka turut berseloroh mengenai penemuan ‘rare’ tersebut.
BACA DAN TONTON VIDEO DIBAWAH SEKALI
Kredit : TikTok suhairicfu
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!