Semasa

Balik je rumah metua msti tak dpt bilik, biIa aku mtk tumpang blik nk menyvsu, suami sruh bg je dpn org rmai

Suami saya anak bongsu. Suami mempunyai seorang kakak dan 6 orang abang. Rumah mertua saya bukanlah rumah yang besar. Hanya teres biasa 3 bilik 2 tingkat

Kami antara yang selalu pulang ke rumah ibu baba kerana duduk berdekatan. Ibu di sepang, kami ni kajang.

Berikutan usia ibu baba juga dah meningkat, suami kerap kali ajak pulang ke rumah ibu untuk jenguk mereka

Sebab ibu suka main dengan cucu-cucu. Dan suami juga anak bongsu sangat manja dengan ibu, ingin jaga hati mereka

Keadaan jadi susah bila anak2 abang dan kakak ipar dah besar, saya dan beberapa biras lain mempunyai anak kecil yang hendak menyusu..

tiada ruang di rumah dan tak pernah dapat bilik. Tak kira waktu mengandung, waktu menyusu, berpantang.

Saya berpantang di rumah mama jadi tiada masalah. Biras yang berpantang di rumah ibu sangat kasihan. Di ruang tamu hanya bubuh langsir sementara sebagai pemisah

Walaupun benda ni nampak remeh, tetapi mama ayah saya selalu tekan kan isu aurat dari kecil.

Saya sangat tak selesa dengan menyusu anak dan nak jaga penampilan ketika tidur semua

Ada kala saya berdoa Allah bukak hati abang dan kakak ipar yang tua untuk beri ruang pada adik2 ipar perempuan mereka yang kecil pula tidur di bilik, menyusu dan ruang berehat.

Anak-anak mereka dah besar, mereka tak rasa payah nya nak cover/ tutup aurat sepenuhnya sambil anak-anak kecil nak minum

Tapi masih belum termakbul doa saya sampai hari ni. Hampir 6 tahun saya menahan waktu tidur apabila berkumpul sejak mengandung anak pertama. Anak saya sekarang berumur 5, 2 dan 4 bulan

Saya tak tahu bagaimana keadaannya bila cucu semuanya dah besar. Kalau mampu nak sahaja kami belikan rumah baru yang besar untuk ibu baba.

Tapi faktor usia yang lanjut, ibu baba tak mahu pindah dan adik beradik suami yang lain juga tak memberikan sokongan

Saya buntu…

Apa pendapat anda?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *