Semasa

Tidak Hebahkan Sbb Isu Agama, Sakinah Bongkar Dia Dah Kahwin, Sekali Netizen Perasan Sesuatu

Sharifah Sakinah Kahwin Mat Saleh

Pelakon kontroversi, Sharifah Sakinah menerusi satu hantaran di laman Instagram yang mengejutkan.

VIDEO DI BAWAH SEKALI

Dia telah mendedahkan sudah berkahwin dengan tunangnya iaitu Michael Hansen.

Sharifah Sakinah Kahwin Mat Saleh

Bagaimanapun, pelakon Kimchi Untuk Awak sama sekali tidak mendedahkan tarikh sebenar perkahwinannya bersama suaminya yang berasal dari Sweeden.

Netizen Perasan Sesuatu

Sebelum ini Sakinah mendedahkan dia tidak lagi memandu kenderaan selepas disahkan mempunyai masalah ADHD.

Menurut Sakinah, dia bukan sengaja bersikap manja ataupun malas  seperti yang dilabel oleh segelintir manusia.

Tegasnya, dia mempunyai lesen memandu yang sah dan pernah memandu sendiri selama enam tahun.

“Orang ramai tidak faham apabila saya memutuskan untuk tidak memandu lagi.

Saya boleh memandu, mendapat lesen yang sah, memandu selama enam tahun dan orang hanya melabel saya sebagai malas atau manja.

Jelas pelakon drama Girlfriend Dari Neraka, dia tidak boleh fokus ketika memandu kerana keberangkalian untuk ada simptom paranoid dan anxiety itu tinggi.

Akuinya, dia sendiri tidak berasa selesa apabila tidak memandu namun demi keselamatannya itu adalah pilihan terbaik.

“Sebenarnya, semasa memandu, saya kerap hilang fokus, berangan, cuai, makin tua makin paranoid, anxiety semua ada.

Naik grab atau minta orang lain pandu kereta ialah pilihan yang lebih baik walaupun tidak terlalu selesa.

Duduk jadi penumpang pun drama. Ia hanya pilihan yang lebih bertanggungjawab.

Tuhan tarik nikmat bebas memandu ke mana-mana tapi takpalah ada hikmahnya, ada rezeki lain.”

Sharifah Sakinah pernah berkahwin dengan juruterbang, Aliff Adha pada tahun 2015.

Bagaimanapun hubungan tersebut tidak berpanjangan dan mereka bercerai pada Mei 2020.

Hasil perkahwinan tersebut pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Anais Adha yang berusia lima tahun.

Sumber: Sharifah Sakinah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *