Walaupun sudah jarang melakukan kontroversi seperti dahulu, usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri masih lagi diingati oleh rakyat Malaysia.
RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI
Beliau akui sudah malu membuat perkara-perkara sensasi seperti dahulu memandangkan anaknya kini sudah meningkat dewasa.
Namun, baru-baru ini, video Aliff Syukri mengeluh orang didalam rumahnya sukar mendengar apabila di panggil kerana rumah terlalu besar telah mencuri perhatian ramai.
Ramai yang tertanya-tanya besar manakah rumah usahawan itu sehingga jarak antara satu ruangan ke ruangan lain begitu besar.
Susulan daripada itu, beliau telah menjawab beberapa persoalan netizen di ruangan TikTok @aliffsyukriterlajarlaris dengan berkongsi beberapa ruangan di rumahnya untuk menginspirasikan mereka yang melihat.
Susulan dari perkongsian itu, ramai yang tampil memuji perwatakan terkini usahawan berkenaan yang lebih rileks dan sempoi berbanding dahulu ketika bercerita mengenai ruangan di rumahnya.
Mereka juga berharap agar usahawan ini dapat mengekal sifat sebegini di masa hadapan kerana tidak membuatkan orang ramai meluat dengan cerita-cerita sensasi yang tiada kesudahan seperti sebelum ini.
Tonton Video:
Tunjuk makan di meja biasa2, ramai puji Aliff Syukri kini makin ‘humble’ pic.twitter.com/Y5h3Hvhtxc
— Video Viral Malaysia (@video_malaysia) February 6, 2022
Sumber Ohmymedia