Nampaknya gimik-gimik di program Big Stage musim ke-3 terlihat agak berhasil walaupun dari sisi negatif.
Selain daripada kemunculan Dato’ Seri Vida yang ditugaskan menjadi Ptesiden Netizen dengan membaca komen-komen dari ruangan Twitter, kehadiran peserta ke-12 turut mengejutkan banyak pihak.
Rakaman Video ada di Bawah Sekali
“Presiden Netizen, sebenarnya tugas Presiden Netizen cuma baca Twitter je, tak perlu bagi komen pun. okay, terima kasih” kata Alif dalam nada ketawa.
Tindakan spontan Alif yang memotong komen yang diberikan oleh DSV kepada Iqbal untuk memberi laluan kepada juri tetap.
Ini untuk mengulas persembahan tersebut telah mendapat sokongan ramai.
Rata-rata bersetuju dengan apa yang dilakukan pengcara tersebut kerana sentiasa mengingatkan tugas juri agar tidak ada sebarang pencanggahan.
Dan membuang masa dengan perkara-perkara yang itdak perlu di dalam program itu.
Untuk makluman, Ahmad Iqbal Zulkelfi telah mendapat kedudukan kedua terendah selepas Megat Rahim yang tidak dapat membuat persembahan susulan dijangkiti Covid-19.
Iqbal menjadi peserta ke-12 dan para juri serta penonton tidak tahu akan kejutan yang dibuat oleh pihak penganjur para minggu pertama Big Stage musim ke-3 ini.
Netizen luah rasa kecewa:
Tonton Video:
— Viral Malaysia (@ViralMalaysia7) February 7, 2022
Sumber: Instagram officialhlive, TikTok @bungabunga_64, Twitter