Semasa

Lelaki sunyi diperdaya untuk berb0geI sebelum diugut

Gambar Sebagai Hiasan

Johor Bahru: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor menerima 367 aduan berkaitan pemerasan membabitkan ugutan penyebaran video b0gel lelaki ‘kesunyian’ berusia 20 hingga 40-an.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, sehingga kini, 144 kertas siasatan dibuka membabitkan kerugian RM500,000 sehingga RM1 juta.

Beliau berkata, mangsa yang berstatus bujang dan berkahwin diperdaya menerusi media sosial MiChat, WeChat dan aplikasi WhatsApp.

Kamarul Zaman berkata, polis menerima laporan berkaitan kes seperti itu sejak awal 2021.

Beliau berkata, susulan itu, menerusi Op Bugil, polis menahan tujuh individu membabitkan antaranya tiga lelaki tempatan dan seorang lelaki warga asing baru-baru ini.

“Suspek berusia 25 hingga 54 tahun dan ditahan di sekitar Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur serta Johor.

“Sehingga kini, 25 kes berjaya diselesaikan dan kami masih mengesan beberapa ahli sindiket,” katanya.

“Aurat lelaki perlu di jaga…bukan dipamerkan…” -Siffu

“Desprate…Lelaki akhir zaman.. Bodoh tu simpanlah sikit..” -Alynn

“hahahhha biaq btoi laki pun dok layan app laguni?.. mesti termakan gula2 iklan don lalu dkt youtube “awek mekap tebai dok hi2″ tu hahahahha” – Matt Ejatt

“Lelaki bukan utk dirosakkan tp dilindungi..perempuan yg baik tidak tnya kisah silam lelaki” – Hafifi

Sumber HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *