Semasa

“Lelaki lnilah Yg Hantar 7 Anaknya Masuk Universiti” Anak Perempuan Angkat Bapa Guna Kren Buat Ramai Sebak

JASA dan pengorbanan orang tua yang membesarkan anak-anak sememangnya tidak dapat dibalas dengan apa jua harta di dunia.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Namun selagi hayat dikandung badan, sudah menjadi tugas anak-anak untuk mencurahkan bakti buat ibu bapa bagi membalas kembali jasa, lebih-lebih apabila mereka sudah tua atau sakit.

“Mungkin ada hikmahnya juga kerana saya belajar secara dalam talian dari rumah sejak Januari tahun lepas.

Jadi bolehlah bantu mak uruskan bapa ketika adik beradik lain bekerja jauh dan sudah berumah tangga,” ujarnya yang merupakan penuntut Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Peruncitan) Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Aisyah menjaga bapanya sejak Januari tahun lalu

Menetap bersama ibu bapanya di Felda Keratong 6, Muadzam Shah, Pahang, Aisyah berkata rutin hariannya bermula seawal pukul 5.30 pagi setiap hari.

“Bangun saja, saya kejutkan bapa untuk bersihkan dirinya dan solat. Pukul 7 saya keluar bekerja secara sambilan di pasar yang terletak berdekatan dengan rumah.

Ishak menderita penyakit saraf sejak 2008

“Lelaki inilah yang hantar anak dia seramai tujuh orang masuk universiti. Tak dapat nak sembunyikan rasa sebak dan sedih bila dengar bapa cakap macam tu selalu,” ujarnya.

Tambah gadis ini, video yang dimuat naik di laman TikTok memaparkan dirinya sedang menguruskan bapa, hanyalah sekadar perkongsian pengalaman semata-mata.

“Masa tu saya nak angkat bapa dari kerusi roda untuk baringkan atas katil menggunakan kren yang dibeli dari Shopee. Bapa kata cuba rekod dan tunjuk dekat adik beradik lain.

“Dalam masa yang sama saya post dekat TikTok juga. Tak sangka, ramai yang minta saya share pasal kren yang saya guna, katil, kerusi roda elektrik yang kami adik beradik beli untuk bapa.

Aisyah (tengah) merupakan anak ketujuh daripada lapan adik beradik.

“Dan ramai yang ucapkan terima kasih sebab beri mereka inspirasi dan idea macam mana nak angkat orang sakit. Saya seronok bila secara tak langsung, video itu beri manfaat kepada yang lain.

“Apa yang boleh saya kongsikan, kalau kita diberi peluang, jagalah ibu bapa sebaiknya. Kalau tiada peluang, cari juga. Nanti jika mereka tiada lagi, tak ada dah peluang nak berbakti. Hilanglah ladang pahala. Masa inilah kita pula berada di sisi mereka,” katanya lagi.

Tonton Video:

Sumber: mstar / trendingsangat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *