Pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak mengambil keputusan untuk tidak melibatkan diri lagi dalam bidang pelaburan Forex atas sebab yang tidak didedahkan kepada umum.
Menerusi sebuah posting di laman Instagram petang tadi, Zizan atau nama penuhnya Mohd Razizan Abdul Razak bagaimanapun tidak berkongsi lebih lanjut sebaliknya memohon doa daripada warganet.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Assalamualaikum semua. Hari ni Zizan telah mengambil keputusan untuk menarik diri dari dunia Forex atas alasan tertentu.
“Doakan yang baik-baik untuk Zizan dan untuk semua. Semoga Allah memberkati kita bersama. InshAllah,” tulis pelawak berusia 37 tahun itu.
Memetik laporan Sinar Harian tahun lalu, Pensyarah Kanan Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Dr Ahmad Sufian Che Abdullah berkata forex disahkan haram kerana ia melibatkan harta ribawi iaitu mata wang dan mengandungi unsur-unsur riba.
TONTON VIDEO PENUH DI BAWAH:
Sumber Instagram