PASIR MAS: Selepas lima jam bertarung nyawa, bayi lelaki yang terkeluar daripada kandungan ibunya dalam nahas membabitkan dua motosikal di Kampung Lumpur di sini malam ini, meninggal dunia kira-kira jam 12 tengah malam ini.
RAKAMAN VIDEO KEJADIAN YANG MENYAYAT HATI DI BAWAH SEKALI
Mohd Khairi Hasbullah, 31, sempat mengazankan anak keempatnya itu sebelum bayi berkenaan dilaporkan meninggal dunia.
“Saya reda apabila anak kami turut pergi bersama ibunya,” katanya di sini, malam ini.
Dalam kejadian kira-kira 7 malam tadi, isterinya, Nur Hasliza Yazaib, 25, yang sarat mengandung sembilan bulan, meninggal dunia selepas motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah motosikal lain.
Remaja yang menunggang motosikal berkenaan turut meninggal dunia di hospital.
Katanya, penunggang motosikal, Muhamad Shakim Muhamad Zaki, 18, dilaporkan meninggal ketika menerima rawatan di Hospital Pasir Mas (HPM).
“Penunggang remaja itu dikatakan gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas dan melanggar motosikal ditunggang mangsa wanita sarat mengandung bersama seorang anak perempuan,” katanya.
Sementara itu, kakak ipar kepada arwah Hasliza memuat naik status yang amat menyedihkan berkenaan kejadian yang menimpa adik ipar serta anak buahnya yang baru lahir.
“Al fatihah adik ku…
Baru prasae arwah ambik pic dlm keto cikmas…
Td dae selisih nga arwah..nk oyat nyo tkdae jupo nga dio..blik2 tu mertuo tel kato arwah eksident..”
“Allahuakbar…Baby dah tkde..Kakak koma…Bersemadi lah syg bersama ibumu..Al fatihah buat adik ipar dan ank saudara..”
Tonton Video:
ALLAHUAKHBAR..TRAGIS
Petang tadi di kg lumpur, Pasir Mas,
kemalangan melibatkan pembonceng motosikal maut dan terkeluar 'baby' dalam kandungan. Al-Fatihah😭Sumber : Berita Pasir Mas pic.twitter.com/tuzerHVKl9
— Video Viral Malaysia (@video_malaysia) February 18, 2022
Sumber BH &Media Sosial