Semasa

Ernie Zakrie Selamat Bersalin Anak Perempuan – ‘Senang Daddy Ingat Tarikh Birthday’

Penyanyi, Ernie Zakrie selamat melahirkan cahaya mata pertama pada pukul 10.14 pagi, hari ini. Berita gembira itu dikongsi oleh Ernie dan suaminya Syamel menerusi posting di Instagram. Tahniah!

Jelas Syamel, tarikh berkenaan merupakan tarikh yang mudah untuk diingati bagi kelahiran cahaya matanya itu.

Dalam pada itu, Syamel memohon orang ramai agar mendoakan kesihatan isteri serta bayi perempuannya itu berada dalam keadaan baik dan sentiasa dalam rahmatNya.

Senang Daddy ingat birthday. Doakan kesihatan anak solehah Bangmel dan Kak Ninie dan semoga mereka berdua berada dalam keadaan baik dan sentiasa dalam rahmatNya.

Terdahulu, Ernie dan Syamel mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021 di Masjid Alam, Selangor.

Posting Syamel:

Sumber Instagram Syamel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *