Hampir setiap hari kes rogol dilaporkan berlaku di seluruh dunia dan kebanyakan suspek telah dijatuhkan hukuman yang selayaknya.
RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI
Kes-kes yang pernah berlaku sebelum ini sememangnya sangat mengerikan terutamanya apabila melibatkan perogol bersiri yang turut cenderung untuk membunuh mangsa dengan sangat kejam.
Boleh dikatakan bahawa kebanyakan perogol bersiri ‘bijak’ dalam mengatur jenayah yang dilakukan oleh mereka tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ke tanah juga.
Seperti kisah perogol bersiri di India ini yang akhirnya ditangkap dan menghadapi pertuduhan di mahkamah 18 tahun lalu.
Mereka masuk ke dalam bilik mahkamah dan duduk di bahagian hadapan.
Tidak lama selepas itu, pelaku yang diiringi oleh polis masuk ke dalam mahkamah dengan riak wajah yang penuh yakin dan tanpa sedikit pun ada rasa menyesal.
Tambah menggeramkan, pelaku yang ketika itu berusia 32 tahun telah melakukan provokasi terhadap seorang mangsanya yang turut berada di dalam mahkamah itu.
Dia dikatakan telah mengejek, memanggil wanita itu pelacur dan menjerit bahawa dia akan merogol wanita itu lagi.
Seorang wanita lain yang berang dengan tindakannya itu telah memukul kepalanya dengan menggunakan selipar. Wanita itu berkata hanya ada dua kemungkinan iaitu dia akan membunuh lelaki tersebut atau lelaki tersebut akan membunuhnya.
Namun, wanita-wanita itu terus menikamnya dan setiap dari mereka dikatakan telah bersetuju untuk menikamnya sekurang-kurangnya sekali.
Dalam kejadian yang berlaku di atas lantai bilik mahkamah No.7 itu, darah perogol tersebut dipercayai telah memercik sehingga ke dinding. Dalam masa 15 minit, dia telah ‘lunyai’ dihukum oleh kesemua wanita itu.
Pun begitu, pembunuhan itu sebenarnya tidak dirancang tetapi ia merupakan hasil tindakan bersatu di antara mereka semua.
Puas hati dengan kematian perogol itu, semua wanita pulang ke rumah masing-masing di Kasturba Nagar dan memberitahu orang ramai bahawa mereka telah membunuh lelaki itu dan meraikannya dengan muzik dan tarian di jalanan.
Menurut laporan, lima wanita telah ditangkap serta-merta tetapi dibebaskan ekoran demonstrasi yang berlaku di bandar itu. Setiap wanita yang tinggal di kawasan itu juga bangga dan mengaku bahawa mereka bertanggungjawab atas ‘hukuman mati’ itu.
Rogol lebih 40 wanita dan gadis
Perogol tersebut dilaporkan telah membunuh sekurang-kurangnya tiga individu. Dia juga dipercayai menyeksa dan menculik, menceroboh rumah dan merogol lebih daripada 40 wanita dan gadis.
Tidak cuma itu, dia juga didakwa telah merasuah pihak polis dan membelikan mereka minuman untuk meyakinkan mereka agar membiarkannya untuk terus melakukan jenayah.
Selama bertahun-tahun, dia dan rakan-rakannya telah merogol wanita dan gadis seawal usia 10 tahun sebagai amaran kepada mereka yang menentangnya.
Mereka juga dipercayai telah merogol seorang wanita yang baru 10 hari bersalin. Wanita itu seterusnya membunuh diri selepas apa yang berlaku kepadanya.
Sebelum kematiannnya, berpuluh-puluh mangsa rogol telah melaporkan jenayah yang dilakukan oleh lelaki itu tetapi tiada tindakan polis diambil dan dia tidak pernah didakwa atas kesalahan merogol walaupun telah ditahan sebanyak 14 kali.
Sumber: India Times