PELAKON dan juga model terkenal Luna Maya mengakui secara tidak sengaja telah diperkenalkan dengan apa yang dikatakan
sebagai kondom sejak kecil selepas meniup alat mencegah kehamilan dan penyakit bawaan seksual kerana menyangkakan objek tersebut sebagai belon.
RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI
Ketika ditemu bual dalam program TS Talks baru-baru ini, pelakon filem Janda Kembang itu menjelaskan, dia terjumpa kondom milik bapanya yang disangkakan belon, lantas meniup untuk dijadikan mainan.
“Saya terjumpa kondom milik bapa saya yang disangkakan belon lalu meniupnya. Tapi rasanya aneh sehingga membuatkan bibir saya terasa kebas,” ujarnya.
Kata pelakon berusia 38 tahun itu, dia akhirnya mengetahui bahawa sarung getah yang ditiupnya itu rupa-rupanya kondom tidak berapa lama kemudian.
“Jadi, sejak kecil saya sudah memegang dan merasai kondom,” katanya ketawa.
Pelakon dan model Indonesia, Luna Maya mengakui bahawa dirinya pernah bersikap dingin dengan penyanyi Momo Geisha disebabkan khabar angin yang mengatakan Momo mempunyai hubungan special bersama bekas kekasihnya, Ariel NOAH.
Namun, pemilik nama sebenar Luna Maya Sugeng memohon maaf kepada Momo kerana menganggap sikap cemburunya itu tidak begitu matang untuk dikenang lagi.
Walau bagaimanapun, Momo mengakui bahawa dia berasa keliru dengan apa yang dilakukan Luna sehingga dia terpaksa menegurnya dahulu.
“Itu pertanyaan yang saya tahan selama ini sampai saya rasa keliru. Kenapa ni Luna? Saya cuba tegur awak dahulu.”
Dalam pada itu, pelakon filem Suzzanna : Bernapas Dalam Kubur ini juga memohon maaf kepada Ariel kerana sikap cemburu butanya itu.
“Maaf ya banyak sejarahnya. Maaf ya Riel. Masa tu masih muda lagi kan masih b*d*h dan tak dapat tahan emosi.”
Tonton Video:
Sumber Kosmo, ohbulan