KECOH di media sosial apabila rakaman video menunjukkan ambulans yang sedang membawa pesakit disekat daripada meneruskan perjalanan kerana dipercayai bagi memberi laluan kepada konvoi orang kenamaan (VVIP).
Menerusi video rakaman dashcam ambulans terbabit, kejadian berkenaan berlaku di jejambat Jalan Skudai Kiri, Johor Bahru, Johor kira-kira pukul 2.15 petang, Sabtu.
SILA LIHAT VIDEO PENUH DI BAWAH SEKALI
Salah seorang netizen yang mengakui berada di lokasi kejadian memaklumkan, polis trafik terpaksa menghentikan ambulans untuk seketika kerana terdapat kenderaan laju dari atas jejambat.
“Situasi sebenar ambulans ditahan, PDRM kosongkan jalan dari kenderaan yang laju atas jejambat dan ambulans dibenarkan jalan sebelum konvoi tiba.
“Lokasi jejambat Skudai Kiri. Saya seorang MA (pembantu perubatan) kerajaan dan setahu saya ambulans swasta biasa akan bawa pesakit tidak kritikal,” ujarnya.
Antara Komen Lain
Setiap saat sangat bermakna buat ambulans yang memandu dalam keadaan kecemasan kerana cepat atau lambat boleh membezakan antara yang hidup dan mati seseorang pesakit.
Aku doakan supaya orang yg tahan ambulance tu akan dapat merase di saat stuasi yang sama Aamiin… Mudah²an allah makbul permintaan hamba mu ini…
Respect dgn driver ambulan Sbb dia dlm situasi mcm tu masih lagi meghormati anggota polis yg menahan dia ..Smoga diberikan kesihatan .Selamat dri bahaya dan permudahkn lah segala urusan nya..dan anggota polis juga smoga dipermudahkan urusan..Marah2 mmng marah jgk ..Tapi time kita susah ke kena apa2 berkaitan jnyah..Polis la yg kita jmpa dulu…Jadi polis aku xnk komen apa2 sbb aku xberada kat situasi dia..so smoga segala apa urusan berjalan lancar ..Dipermudahkan..Yg harus dipersalahkan orang2 atasan laa..anggota bawahan selalu mnjadi mngsa kecaman dan macam2 lagi..
Ambulance u have the highest right ..that’s way..just go .no one cannot stop u.if someone stop you..there should be blame as murderer of Ambulance patient
Antara salah satu sebab menjadikan ak seorang pengumpul saman trafik sebagai satu hobi..ianya sungguh luarbiasa anda boleh cuba hobi baru ni..nak kumpul setem dah lapuk
Driver Ambulance Dah tahu bawak nyawa yg perlu di selamatkan jalan ajelah. Makin Melampau2 Perangai VVIP kat Malaysia ni ,Yang kawal pun satu hal tak yah nak mengampu sangat kena buat pertimbangan yg mana perlu di beri keutamaan.
Anggota Polis jd serba salah…nak bg lepas ambulans nanti kena tindakan tata tertib plak ngan pegawai atasan sbb tak ikut SOP yg ditetapkan….jgn kecam anggota tu sbb dia jalankan tugas….menteri kena bahaskan issue ini dlm parlimen agar undang² mengenai tanggungjawab pengiring menteri dan vvip ini boleh dilonggarkan mengikut keadaan atau situasi atas dasar kemanusian….nyawa lebih penting…..
VIDEO DI BAWAH