Semasa

Zed Zaidi Menga muk Siap Bawa Pemotong Besi. Rupanya Ini Yang Berlaku Yang Buat Zed Zaidi Hilang Sabar

KECOH di media sosial apabila muncul video tular yang memaparkan pelakon, Zed Zaidi bertekak dengan seorang lelaki dipercayai berkaitan dengan sebuah pintu besi yang dipagar.

VIDEO PENUH DI BAWAH SEKALI

 

Di dalam video yang berlaku di sebuah kondominium di Damansara Perdana, Selangor itu, Zed dilihat memegang alat pemotong mangga dan cuba memotong mangga yang dilihat menyekat laluan masuk dari luar bangunan.

Menurut Zed, dia sudah berbincang sebelum ini dengan pihak pengurusan dan segala surat aduan dan bantahan seperti yang diminta juga sudah dihantar.

Malah, katanya, satu laporan polis juga telah dibuat dan akhirnya pintu itu dibuka pada minggu lepas.

Namun, pada Jumaat, kata Zed, pintu itu dikunci semula tanpa sebarang notis dan itu yang membuatkan terpaksa mengambil tindakan untuk memotong mangga tersebut.

“Sebenarnya boleh selesai dengan baik. Saya siap beri cadangan lagi bila pintu itu sesuai untuk dibuka dan ditutup semula. Tetapi mereka kunci juga.

“Lepas itu saya minta mereka tunjukkan surat persetujuan penduduk yang inginkan pintu pagar itu dibuat pun mereka tidak boleh tunjuk.

“Jadi saya terpaksa ambil tindakan dan saya juga sudah berhubung dengan peguam sivil dan jenayah untuk tindakan susulan,” katanya.

Video di bawah sekali

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *