Semasa

Tak Sangka Betul!! Bekas Peserta Dewi Remaja 2019, Myra Natasya Rupanya Anak Seorang Penyampai Radio!!

Kuala Lumpur: Bekas peserta Dewi Remaja 2019, Myra Natasya, 27, yang kini aktif mengacara dan berlakon adalah anak tunggal bekas penyampai radio Halim Othman, 56.

Myra yang pernah menjadi pengacara Didik TV dan akan muncul dengan drama Republic Of Gombak di TV3, berkata sekarang masa sesuai untuk dia mended4hkan identiti diri dan bapanya.

“Selama tiga tahun ini, saya ‘menutup kemas’ identiti ayah kerana menghormatinya yang selama membina nama sebagai penyampai radio dan pengacara, memang tidak pernah buka mulut bercerita mengenai kisah peribadi dan keluarga.

“Malah, pada awal pembabitan dalam karier seni ini pun, ayah kurang setuju kerana bimbangkan diri saya. Tapi, selepas dia menonton saya mengacarakan Didik TV, banyak ilmu dikongsikannya.

“Dia pun nampaknya bangga dengan saya kerana mampu berusaha untuk menapak dalam karier ini dengan bakat sendiri tanpa bergantung dengan namanya. Saya sayang dan menghormati ayah,” katanya kepada ekslusif Harian Metro.

Ditanya apakah bapanya okey dengan pendedahan dibuat itu, Myra berkata dia sudah memaklumkan kepada Halim akan memberitahu perkara sebenar apabila orang bertanya.

Melihat pada sikap ramah Myra, cara percakapan serta raut wajahnya, memang ada iras Halim.

Ujarnya, persamaan itu mungkin kebetulan kerana mereka anak-beranak.

 

“Hubungan saya dengan ayah memang baik, walaupun saya tahu dia kurang selesa berkongsi kisah peribadinya dulu kepada media. Malah, dia kalau bercakap pun suka berkongsi kisah semasa atau politik.

“Tapi, saya dah cakap dengan dia akan beritahu siapa saja yang tanya. Dia faham dan harapan saya ingin berjaya dalam karier ini,” katanya yang juga tenaga pengajar sukan sorak untuk beberapa sekolah menerusi syarikat ditubuhkannya.

Difahamkan, Myra atau nama sebenarnya, Yusmyra Natasya adalah anak Halim bersama bekas isteri, Yusnita Omar, 47.

Sumber: hmetro

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *